Pages

Feb 17, 2012

Sejenak Di Situ

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai sudah perkhemahan seperti yang dirancang. Kelihatan anak-anak muridku yang semuanya non-muslim begitu gembira pergi melihat dunia luar. Jauh dari rumah mereka dan suasana hidup mereka selama ini.

Petang itu, saya bersendirian di tepi pantai. Berdiri menghadap laut yang sungguh seluas mata memandang. Memandang sekeliling ruang lingkup mata, sungguh banyak kawasan yang telah dirosakkan oleh tangan-tangan manusia.

Benarlah fiman Allah swt yang bermaksud,

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
                                                                      (Ar-Ruum 30:41)

Berfikir sejenak kejadian Allah swt. Sungguh indah, sungguh melebihi batas pemikiran manusia.

Bayangkan,

Mujurlah Allah swt jadikan manusia ni dapat hidup di daratan sahaja. Jika Manusia ni dapat hidup di laut juga, pastinya mereka akan melakukan kerosakan. Semua kawasan laut diteroka, dibina tempat-tempat maksiat, tempat-tempat penyembahan tuhan yang lain selain Allah swt dan banyak lagi kawasan yang menjadi tumpuan para penderhaka kepada Allah swt.

Bayangkan,

Segala hidupan di laut, yang bermacam-macam jenis, kecil dan besar semuanya hidup dengan pengawasan Al-Muhaymin. Para nelayan tidak turun ke laut setiap hari untuk memberi makan kepada semua hidupan yang ada melainkan Allah lah yang memberi rezeki kepada mereka. Malah, mereka hanya turun ke laut untuk mengaut hasilnya, kemudian memberi makan kepada keluarga. Semuanya dengan belas ihsan Yang Maha Kuasa.

Bayangkan,

Ketika Nabi Yunus a.s yang telah diundi sebanyak 3 kali untuk terjun meninggalkan kapal yang sedang meredah taufan. Sedar dengan kesalahan meninggalkan kaumnya tanpa persetujuan Allah swt, Nabi Yunus a.s terjun ke laut. Semasa bergelumang meredah gelombang, baginda diselamatkan oleh Allah swt dengan makhlukNya iaitu ikan Nun. Ikan Nun menelannya hidup-hidup dan tiada sebarang cacat cela pada tubuh baginda. Begitulah hebatnya tentera Allah. Begitulah hebatnya seorang Nabi diuji. Sungguh jauh daripada kita manusia biasa. Jika kita ditempatnya, belum tentu kita mahu terjun ke laut walaupun telah diundi keluar.

Bayangkan,

Bagaimana laut yang besar telah terbelah menjadi 12 laluan untuk kaum Nabi Musa a.s yang lari daripada kekejaman Firaun. Kuasa Allah swt membelah laut kerana laut juga kepunyaan Allah tuhan yang satu.

Begitulah, laut yang terbentang luas. Semuanya terpahat kisah suka-duka dalam lipatan sejarah kita, manusia a.k.a yang banyak melakukan kerosakan di bumi.

"Bila kita melihat yang banyak, sentiasalah kembali pada yang SATU"

 


2 comments:

UMMI YL said...

teringat lagu opick yang bertajuk tafakur..

baru pagi tadi ketika hendak ke tempat kerja bercakap dengan suami bila terpandang parit yang sangat teruk..Semuanya rosak akibat tangan manusia..

teringat dalam radio ikim berpesan, kalau sayang allah mesti juga sayang alam yang allah ciptakan..

berfikir2 adakah saya pernah buat kerosakan2 yang berat..

~An-Nur~ said...

to rulza : akak, sy baru je dgr lagu opick tu..tak perasan pulak selama ni..hehe

benda yg kecik2 mcm buang kulit gula2 merata tempat pun dikira merosakkan alam dgn tgn kita...

to nadiah : :))))