Biasa kita dengar tentang kapitalisme. Istilah ini lebih kepada sistem ekonomi. Kalu kita tengok maksud kapitalisme dalam wikipedia, "sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan".
Jika dulu, kalau mak ayah kita beli barang-barang, memang tahan. Ada kualiti. Boleh pakai sampai ke anak cucu. Contohnya kukur kelapa. Yang zaman mak ayah kita kecik dulu still ada sampai sekarang. Tapi kalau zaman sekarang, semua benda tak tahan lama. Bukan sebab negara dah makin mundur. Logiknya, kalau negara makin maju, mestilah barang-barang semua boleh tahan lebih lama. Ini tidak, barang-barang semua memang direka sekali dengan expiry date...supaya apa? Supaya peniaga-peniaga dan sesiapa yang terlibat boleh cari makan.
Tak ke sistem kapitalis tu?
Kita ambil satu contoh, kereta. Kalau kereta dulu memang tahan lama. Kalau accident tu tak lah teruk sangat. Tapi sekarang, terkena sikit dah kemek..... alal-ala tin MILO gitu...Sebab apa? sebab nanti adalah kerja mechanic kat bengkel, dapat lah jimatkan kos pengeluaran tapi hasilnya sama.
Kalau dah settle bayar hutang kereta, mulalah makin banyak rosak kereta tu. Macam tahu-tahu je tuannya dah habis hutang kereta. Sebenarnya bukan kereta tu yang tahu, tapi yang mereka yang mencipta kereta tu yang tahu. Memang dibuatnya expiry date kereta tu 9~10 tahun.
Tak dinafikan, semua benda di dunia ni ada expiry date, tapi sistem kapitalisme ni memang sudah meresap dalam diri kita, diri umat Islam sekarang.
Nak dikaitkan juga di sekolah. Kalau kita masa sekolah dulu, selalu cikgu marah suruh kutip sampah kalau jumpa, buang dalam tong sampah atau pun, jangan buang sampah merata-rata, tapi kita buang juga. Kalau ternampak sampah pula, biarkan ja. Sebab apa?..sebab kita fikir, nanti kalau kita yang kutip sampah tu, makcik yang tukang sapu sampah tak da kerja nak buat...
Tak ke sistem kapitalis tu?
Saya perhatikan, begitu juga anak murid saya sekarang. Biarkan saja sampah bawah meja. Selagi saya tak tegur, tak da sivik nak kutip sampah sendiri. Tak tahu yang kutip sampah tu bukan supaya kawannya yang bertugas menyapu tu tak payah buat kerja, tapi untuk kebersihan kelas sendiri.
Kesimpulannya, kapitalisme tu memang dah termasuk meresap tanpa kita sedar dalam diri kita sejak turun temurun. Saya, kamu wahai pembaca, kita semua yang sedar sepatutnya menjadi agen perubahan pada corak pemikiran kita, generasi kita akan datang.