Pages

Mar 3, 2012

Berebut Membeli Tiket Kapal Yang Karam

Assalamualaikum wbt.




Petang semalam, sambil buat kerja, sambil dengar Al-Kuliyyah. Tertarik sebenarnya dengan sebaris kata-kata ahli panel yang memetik kata-kata Cats Stevens @ Yusuf Islam.

"Umat Islam sekarang sedang berebut-rebut membeli tiket kapal yang bakal karam."

Kalau kita nak belayar, nak pergi bercuti pastinya kita mencari kapal yang tiada cacat cela, selamat untuk kita dan keluarga. Kita tidak mahu tenggelam di lautan yang amat luas, tidak mahu bergelumang dengan ombak untuk menyelamatkan diri, tidak mahu ditelan badai.

Namun, sayang seribu kali sayang. Kita hari ini umat Islam tetap berebut-rebut membeli tiket kapal yang bakal karam. Kapal yang bakal  melemaskan kita di lautan yang amat luas dan dalam, yang tiada penghujungnya. Tragedi kapal karam itu, yang tiada siapa dapat menyelamatkan melainkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Walaupun Allah ingatkan kita, Allah beri instinct pada kita yang kapal itu bakal karam, tapi kita tetap dengan kelalaian, tetap dengan keseronokan sementara tetap mengikut telunjuk musuh yang telah nyata bagi kita.

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
                                                                      (Yaa Siin 36:60)

Mari kita lihat yang dekat, lihat pada diri kita sendiri. Umat Islam lebih senang dengan hiburan yang melampau. Pergi ke tempat-tempat maksiat sedangkan majlis-majlis ilmu kosong. Rumah-rumah Allah sunyi daripada umat Islam.

Lihat pula di konsert-konsert, tempat percampuran lelaki dan wanita, bersesakan umat Islam di sana. Ada yang menangis kerana tidak dapat masuk ke situ sedangkan rumah Allah yang percuma, tiada harga yang dibayar terus sepi menunggu kehadiran kita umat Islam yang sepatutnya mengimarahkan masjid Allah. Sungguh menyedihkan!

Marilah kita sama-sama  memperbaiki diri dari segenap aspek kehidupan. Jika kita tak mampu merubah sepenuhnya, kita lakukan yang terbaik. Berubah sedikit demi sedikit dengan berterusan. Insya Allah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada kita.

Tiap kali teringatkan kata-kata itu, rasa sedih menyelubungi diri. Sungguh, diri berebut-rebut membeli tiket kapal yang bakal karam.

Moga Allah sentiasa memberi bimbingan kepada hati-hati kita semua.

Allahu a'lam.

1 comments:

NadiaH NaDya said...

takut plak kalau terbeli 'tiket' tu tnpa sedar