Assalamualaikum wbt.
Segala puji Allah s.w.t yang masih memberi kesempatan untuk kita menyedut udara secara percuma tanpa sebarang bayaran supaya kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah s.w.t. namun kita sebagai manusia sering saja terlupa mensyukurinya.
Alhamdulillah, minggu lepas, selamat pergi dan balik ke pesta buku. Tima kasih banyak2
Cik Nadiah atas layanan yang sangat best!!! Maaf sangat, kesihatan tak berapa mengizinkan masa tu. Jemput datang ke sini......dah banyak ke baca buku2 yang kita beli tu?
Komen adik yang tiba-tiba bersuara melihat saya yang sering sakit-sakit silih berganti sejak akhir-akhir ni,
"Sakit ni sebab banyak dosa"..
Terkedu. Terdiam.
Ada benarnya kata adik, sakit kaffarah dosa kita.
Kelmarin, saya ke hospital untuk physio. Syukur
alhamdulillah, semua berjalan lancar dan temujanji seterusnya tidak dibuat memandangkan keadaan yang semakin pulih.
"Banyaknya akak da improved!".
Saya tersenyum mendengar kata-kata adik praktikal.
Allah sentiasa memberi ujian kepada kita dan kita tiada pilihan untuk lari dari ujian tapi, menempuhinya dengan sabar(penting sangat), usaha dan doa yang tak putus2.
Daripada sakit ni, saya dapat ambil salah satu iktibar penting iaitu
untuk kita membuang habit yang buruk bukanlah mustahil, tapi mesti dengan mujahadah.
Contohnya, saya suka duduk
cross leg tanpa saya sedar yang ia salah satu punca saya sakit.
Ahli physio menasihati saya supaya membuang tabiat duduk
cross leg kerana menyebabkan saya sakit di bahagian lutut hingga hujung kaki. Dia juga berkata bukan sakit ni disebabkan saya seorang yang obses memakai kasut
high heel. (tepat sekali rumusan beliau).
Balik daripada temujanji pertama, saya nekad tak mahu lagi duduk
cross leg ni. Sepanjang proses nak membuang tabiat tu, ada juga terlupa tapi setiap kali baru saja nak duduk
cross leg, bila teringat, saya cepat2 duduk
straight. Dalam proses ni, terasa sangat yang bukan mudah nak membuang sesuatu habit tetapi ia tak mustahil. Saya dah dapat membuang habit ni dalam masa 2 minggu. Thank you Allah!
Begitu juga dengan tabiat kita yang lain, apa2 yang kita nekad mahu buang dari diri kita, insyaAllah, Allah akan membantu kita melawannya namun perlu semangat, mujahadah yang kuat. Sama seperti taubat nasuha.
Tidak lupa juga, baru-baru ini, saya berjalan dalam terik panas mentari, melalui tepi deretan bangunan kedai. Hajat hendak melihat tudung di kedai berdekatan.
Dalam hati terdetik, panasnya.
Tiba-tiba saya terlihat seorang pakcik sedang membuka barang-barang untuk membaiki kasut. Rupanya beliau seorang pembaiki kasut. Tersentuh hati melihatnya duduk di tepi kedai yang tiada koridor berbumbung. Untuk mencari rezeki halal kepada keluarga bukanlah perkara yang mudah. Bukan mudah ibu bapa kita mencari rezeki untuk kita. Berjemur di tengah panas, menahan kesejukan, melayan kerenah manusia yang pelbagai.
Dalam masa kita senang, ada yang susah. Kita rasa mudah dapatkan gaji tetap setiap bulan, namun ada yang berhempas pulas mencari wang. Kita mesti banyak bersyukur, bersyukur dan bersyukur. Bersyukur dengan hati, lidah dan perbuatan.
Cukup dahulu saya coretkan buat kali ini. Terlalu banyak yang ingin diceritakan tetapi ada yang lebih penting hendak diselesaikan.
Pen-off.