Pages

May 23, 2012

Cikgu Bahasa Inggeris Mesti Berpakaian Ikut Gaya Barat?

Assalamualaikum wbt.




Pengalaman ini diceritakan kepada saya oleh seorang kawan semasa di Sabah dahulu. Sahabat saya ini, sebelum memasuki salah sebuah universiti di Semenanjung, beliau mengambil STPM. Semasa di sekolah menengah, beliau sangat disayangi oleh beberapa orang guru bahasa Inggeris di sekolahnya kerana beliau sangat menyerlah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Selepas tamat STPM, beliau menyambung pengajian dalam bidang TESL di universiti. Rezeki beliau untuk menjadi pendidik telah tersurat. Semasa KPLI, usai praktikal, sahabat saya ini pergi semula ke sekolah untuk melawat guru-guru yang amat dirinduinya(luahan beliau kepada saya).

Sahabat saya ini sudah berhijrah memakai tudung labuh seperti seorang ustazah. MasyaAllah!. Dalam kerinduan yang amat sangat kepada guru-gurunya, beliau dengan penuh harapan pergi ke sekolah untuk bertanya khabar kepada guru-gurunya. Ada antara mereka yang menyambut baik kedatangannya.

Namun, yang amat menyedihkannya, seorang guru Bahasa Inggeris yang amat disayanginya telah memandang serong kepadanya.

Antara kata-katanya ialah, "Kita ni, jika jadi cikgu Bahasa Inggeris, tak boleh nampak sangat taksub pada agama".

Terkejut.

Hancur hati sahabat saya ini. Beliau berkata kepada saya, bahasa Inggeris hanya bahasa. Bahasa untuk memudahkan urusan dunia. Tak perlu menukar cara berpakaian, cara hidup dan segalanya menjadi "orang putih". (insyaalllah, akan saya ingat nasihatnya hingga ke akhir hayat).

Walaupun beliau sangat sayang akan gurunya, namun dia berlepas diri daripada "nasihat" gurunya itu.
Beliau mendoakan agar gurunya mendapat taufik & hidayah daripada Allah swt.

Walaupun kita mengajar apa pun subjek, walaupun kita digelar teacher di sekolah, tak salah menjadi teacher yang islamik, teacher yang memahamkan murid bahawa bahasa Inggeris hanyalah salah satu daripada ilmu Allah swt. Kita belajar bahasa Inggeris, bukan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang barat atau pegangan hidup orang kafir laknatullah.

Kita belajar bahasa Inggeris untuk memudahkan urusan kehidupan kita.

Satu perkara penting yang mesti diingat, dalam syurga nanti, penghuninya bukan bertutur dalam bahasa Inggeris, tapi bahasa Arab.

Tak perlulah seorang cikgu bahasa Inggeris berpakaian seksi dan mendedahkan aurat.

Ada baiknya kita mulakan kelas dengan ucapan "Assalamualaikum" sebelum ucapan "good morning'.

Ada baiknya kita menjadi ketua kepada murid2 membaca doa penerang hati sebelum kita mulakan kelas Bahasa Inggeris.


Sebaik-baik guru ialah seorang yang berpegang teguh pada agama, mantap akidahnya dan berupaya mengajak muridnya mendekatkan diri kepada Allah swt.

Allahu a'lam. 














7 comments:

Joko S. Al-Hanif said...

tepat sekali...
" dan siapapun gurunya, apapun mata pelajaran yang diampunya...
"tetap wajib menutup aurat jika ia orang Islam... karena Islam cocok untuk semua negara dan seluruh dunia :)

Unknown said...

teguhkan pendirian..
selain sebagai pengajar, guru merupakan model kepada pelajar.

~An-Nur~ said...

Akh Joko : ya, islam sgt sempurna...

Man : InsyaAllah...menyampaikan islam pada setiap masa & tempat.

NoorVictory said...

Sebelum saya sambung study ambil TESL, ustazah sy pesan, bukan apa yg kita ambil tu yg ubah kita, tapi kita yg mengubah jurusan yg kita ambil.

Bg saya, apa yg kita belajar xmenampakkan siapa diri kita, tapi siapa kita menunjukkan apa yg telah kita pelajari selama ni.

Wallahu'alam. Salam kenal! Salam ukhwah! ;)

~An-Nur~ said...

yea, betul tu..pokoknya, kita yang tentukan siapa kita..
salam kenal & ukhwah..

moga diberkati Allah sentiasa..

NadiaH NaDya said...

betul...xkn hanya kerana sbjek yg diajar,kita kna tukar cara berpakaian...

~An-Nur~ said...

tu la pemikiran yg palinggggggggg cetek!