Assalamualaikum wbt.
Buku ini hadiah daripada bapa saudaraku yang telah pulang ke rahmatullah...Al fatihah...
Petikan dari buku ini :
Dalam pembicaraan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seorang dan alamat-alamatnya dapat lah dibahagi kepada 7 darjat atau martabat dan dalam peringkat-peringkat itu terdapat ahli-ahlinya sebagaimana berikut :
1. Ahli Nafsu Ammarah
Tanda-tandanya ialah seseorang yang bakhil,tamak,panjang angan-angan, sombong takabbur, ingin dan kasihkan kemegahan, ingin namanya terkenal atau masyhur, hasad dengki, dendam kesumat,khianat dan niat jahat, bertabiat lalai kepada Allah.
2. Ahli Nafsu Lawwamah
Tanda-tandanya ialah seseorang yang mencela kepada kesalahan diri sendiri, bertabiat berfikir(bertafakkur), terdapat perasaan kecut hati apabila bersalah, terdapat perasaan mengkritik terhadap apa jua kejahatan, hairan kepada diri sendiri kerana disangka dirinya lebih baik(ujub), membuat sesuatu kebajikan kerana hendak memeperlihatkan kepada orang(riak), memperdengar kepada orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang.
3.Ahli Nafsu Mulhamah
Tanda-tandanya ialah seseorang yang tidak sayangkan harta, berasa cukup dengan kurniaan harta yang ada, berilmu laduni atau ilham, timbul perasaan merendah diri kepada Allah,taubat yang sebenar-benar,sabar yang hakiki,tahan menanggung kesusahan.
4.Ahli Nafsu Mutmainnah
Tanda-tandanya ialah seseorang yang murah rezeki dan tak lekat wang di tangan kerana bersedekah,tawakkal yang benar,bersifat arif dan bijaksana, kuat beribadat,syukur yang benar, redha pada segala hukuman Allah, taqwa yang benar.
5.Ahli Nafsu Radhiah
Zuhud,ikhlas, warak,meninggalkan perkara-perkara yang bukan kerjanya,tunai dan tepatkan hukum Allah.
6.Ahli Nafsu Mardhiyyah
Segala hal atau percakapannya, tingkah laku yang baik yang keluar daripadanya diredhai Allah.
Ingatkah tuan kisah nabi Isa a.s?
Tatkala ia melawat sebuah kubur orang mati dan berkata ia kepadanya serta diisyaratkan kepada mayat dalam kubur itu "Berdirilah engkau dengan izin Allah!". Maka mayat dalam kubur itu pun hidup dan bangun berdiri dan berjalan hidup-hidup.
Sebuah cerita lagi ialah Syaikh Abdul Qadir al-Jailani tatkala ia sudah selesai dari makan dan tertinggal di hadapannya sisa-sisa tulang ayam, lalu ia menyeru kepada tulang-tulang itu dengan berkata, " Hai tulang...jadilah engkau ayam kembali!". maka terjadi tulang-tulang itu seekor ayam dan berlari hidup-hidup. Sedang ibu seorang budak khadam Syaikh Abdul Qadir al-Jailani menyaksi perkara yang ganjil itu dengan keadaan pelik.
Mengapa keganjilan ini berlaku?
Kerana pengucapan orang maqam ini telah diredhai Allah swt. dan sesuatu yang perlu diingati ialah di hadapan orang2 seumpama ini janganlah celupar mulut mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaannya, takut2 terkeluar dari mulutnya pengucapan2 yang diredhai Allah maka jadilah orang itu celaka.
7.Ahli Nafsu Kamil
Maqam nafsu ialah yang tertinggi kerana telah dapat menghimpunkan antara batin dan zahir serta hakikat dengan syariat yakni ruh atau hatinya kekal bersama Allah tetapi zahir tubuh kasarnya bersama-sama dalam pergaulan orang ramai.
Orang yang ingin mencapai nafsu ini hendaklah melalui proses2 perjalanan nafsu2 di atas terlebih dahulu. Ia memerlukan seorang yang berhemah tinggi dan berani menempuh jalan-jalan sukar dan susah. Syaikh Abdul Qadir al-Jailani umpamanya, telah melalui perjalanan itu selama 30 tahun. Lain orang lain perjalanannya. Ada masa yang singkat, ada yang lama. Maka, Jadilah segala gerak-geri mereka kerana Allah swt semata-mata.
Dapatkan buku ini untuk meneruskan pembacaan anda....
Buku : Mengenali Diri Dan Wali Allah.
Penulis : Ustaz Mustapha Muhammad Al-Jiasi Al-Ahmadi