Pages

Aug 1, 2012

Miscellaneous Ramadan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi umur untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih bernafas dalam degupan iman dan Islam dan masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mencoretkan sesuatu di sini yang entah bila akan ku tinggalkan buat selama-lamanya. Itu pasti.

Hari ini, kita sudah memasuki fasa ke dua bulan Ramadhan al-Mubarak. 10 hari pertengahan bulan yang mulia ini. Diharapkan kita masih sama-sama dapat membahagikan masa seadilnya bagi merebut ganjaran dan keampunan sepanjang bulan ini.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang 12 hari berpuasa bagi diri saya pada tahun ini. Kegembiraan dan kesedihan yang mana apabila kita redha, nescaya Allah akan campakkan ketenangan dalam hati kita. Hingga hati kita berkata, "Ya Allah, aku redha dan pasrah dengan segala ujian Mu. Moga aku bersabar dengan segalanya. Innalillahi wa inna ilaihirajiun."


Di sekolah, kegembiraan jelas terpancar pada kami umat Islam apabila kami menerima 2 orang saudara baru. Saudara seagama dan seakidah. Ya, 2 orang anak muridku baru memeluk Islam. Makin bertambah 'jemaah' yang mengimarahkan surau pada waktu rehat. Pertama kali saya memakaikan tudung kepadanya, mereka tersipu2 malu.

"Best tak?" saya bertanya.

Mereka hanya menganggukkan kepala dan senyum lagi. :-)) sambil memegang tudung yang sudah sedia tersarung di kepala.

Sesungguhnya Allah swt lah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memimpin seseorang kepada kebenaran. Moga Allah sentiasa memimpin anak2 muridku yang berjuang meninggalkan gaya hidup jahiliyyah mereka. Jadikan mereka mutiara yang bersinar di celah2 debu kekafiran.

Saudara2 ku sedang mendengar kata2 hikmah kak ustazah
Beberapa hari yang lalu, sedang asyik mendengar ceramah, ada satu ayat penceramah tu yang menerombos ke segenap penjuru hatiku. Kak Ustazah di sebelahku perlahan-lahan menarik kertas catatanku dan menulis sesuatu. Mulanya, saya tak pasti apa yang ditulisnya. Kemudian beliau perlahan-lahan memberikan semula kepadaku. Tak sangka, ayat itu ditulis. Perasaan kami sama. Ayat itu meruntun hati kami. Mempasakkan keyakinan yang datang tiba2. Kata-kata itu berbunyi,

"Apabila kita berbaiah dengan Allah, nescaya Allah akan permudahkan."

Allah hu akbar...
Masih banyak perkara yang saya masih berhutang dengan Allah.
Masih banyak perkara yang masih belum dibaiah dengan Allah.

Minda ligat menilai diri sendiri. Masuk ke setiap inci hati. Menyelinap ke seluruh kehidupan sendiri.
Mengembara melihat kesan2 sejarah yang berlaku pada diri sendiri.

Mulai saat ini, saya memulakan langkah seterusnya kehidupan
 dengan 
"bismillahi tawakkal tu 'alallah".









7 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Siapa yang bersungguh-sungguh dalam ketakwaannya, Allah akan memudahkan hatinya untuk berpaling dari dunia.

Peringatan untuk diri..

NadiaH NaDya said...

dah lama telinga ni tak dgr 'kata-kata hikmah'....

~kamilah~ said...

Abd Razak : Ingatan untuk saya juga...t.ksh

NadiaH NaDya : hehe.. muka ni la slalu p menempel kat ustazah smata2 nak psg tlinga apa yg dia ckp. Uastzh2 ni hebat bab2 nk aproach bdk2 islam ni....:-))

NadiaH NaDya said...

wah..best kalau den ada kt situ..bleh join sekali..hehe

~kamilah~ said...

ahlan wa sahlan..
bila nak mai pahang ni..
tak sabar nak bawak ke sekolah ku tercinta..:-))

NadiaH NaDya said...
This comment has been removed by the author.
NadiaH NaDya said...

i'ALLAH...
ada rezeki akan ku sampai jua ke sana..hehe