Pages

Aug 4, 2012

Mengenali Diri Dan Wali Allah

Assalamualaikum wbt.

Buku ini hadiah daripada bapa saudaraku yang telah pulang ke rahmatullah...Al fatihah...



Petikan dari buku ini :

Dalam pembicaraan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seorang dan alamat-alamatnya dapat lah dibahagi kepada 7 darjat atau martabat dan dalam peringkat-peringkat itu terdapat ahli-ahlinya sebagaimana berikut :

    1. Ahli Nafsu Ammarah 

Tanda-tandanya ialah seseorang yang bakhil,tamak,panjang angan-angan, sombong takabbur, ingin dan kasihkan kemegahan, ingin namanya terkenal atau masyhur, hasad dengki, dendam kesumat,khianat dan niat jahat, bertabiat lalai kepada Allah.


    2. Ahli Nafsu Lawwamah

Tanda-tandanya ialah seseorang yang mencela kepada kesalahan diri sendiri, bertabiat berfikir(bertafakkur), terdapat perasaan kecut hati apabila bersalah, terdapat perasaan mengkritik terhadap apa jua kejahatan, hairan kepada diri sendiri kerana disangka dirinya lebih baik(ujub), membuat sesuatu kebajikan kerana hendak memeperlihatkan kepada orang(riak), memperdengar kepada orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang.

   3.Ahli Nafsu Mulhamah

Tanda-tandanya ialah seseorang yang tidak sayangkan harta, berasa cukup dengan kurniaan harta yang ada, berilmu laduni atau ilham, timbul perasaan merendah diri kepada Allah,taubat yang sebenar-benar,sabar yang hakiki,tahan menanggung kesusahan.

   4.Ahli Nafsu Mutmainnah

 Tanda-tandanya ialah seseorang yang murah rezeki dan tak lekat wang di tangan kerana bersedekah,tawakkal yang benar,bersifat arif dan bijaksana, kuat beribadat,syukur yang benar, redha pada segala hukuman Allah, taqwa yang benar.

  5.Ahli Nafsu Radhiah

Zuhud,ikhlas, warak,meninggalkan perkara-perkara yang bukan kerjanya,tunai dan tepatkan hukum Allah.


 6.Ahli Nafsu Mardhiyyah

Segala hal atau percakapannya, tingkah laku yang baik yang keluar daripadanya diredhai Allah.

Ingatkah tuan kisah nabi Isa a.s?
Tatkala ia melawat sebuah kubur orang mati dan berkata ia kepadanya serta diisyaratkan kepada mayat dalam kubur itu "Berdirilah engkau dengan izin Allah!". Maka mayat dalam kubur itu pun hidup dan bangun berdiri dan berjalan hidup-hidup.

Sebuah cerita lagi ialah Syaikh Abdul Qadir al-Jailani tatkala ia sudah selesai dari makan dan tertinggal di hadapannya sisa-sisa tulang ayam, lalu ia menyeru kepada tulang-tulang itu dengan berkata, " Hai tulang...jadilah engkau ayam kembali!". maka  terjadi tulang-tulang itu seekor ayam dan berlari hidup-hidup. Sedang ibu seorang budak khadam Syaikh Abdul Qadir al-Jailani menyaksi perkara yang ganjil itu dengan keadaan pelik.

Mengapa keganjilan ini berlaku?
Kerana pengucapan orang maqam ini telah diredhai Allah swt. dan sesuatu yang perlu diingati ialah di hadapan orang2 seumpama ini janganlah celupar mulut mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaannya, takut2 terkeluar dari mulutnya pengucapan2 yang diredhai Allah maka jadilah orang itu celaka.

7.Ahli Nafsu Kamil

Maqam nafsu ialah yang tertinggi kerana telah dapat menghimpunkan antara batin dan zahir serta hakikat dengan syariat yakni ruh atau hatinya kekal bersama Allah tetapi zahir tubuh kasarnya bersama-sama dalam pergaulan orang ramai.

Orang yang ingin mencapai nafsu ini hendaklah melalui proses2 perjalanan nafsu2 di atas terlebih dahulu. Ia memerlukan seorang yang berhemah tinggi dan berani menempuh jalan-jalan sukar dan susah. Syaikh Abdul Qadir al-Jailani umpamanya, telah melalui perjalanan itu selama 30 tahun. Lain orang lain perjalanannya. Ada masa yang singkat, ada yang lama. Maka, Jadilah segala gerak-geri mereka kerana Allah swt semata-mata.





Dapatkan buku ini untuk meneruskan pembacaan anda....

Buku : Mengenali Diri Dan Wali Allah.
Penulis : Ustaz Mustapha Muhammad Al-Jiasi Al-Ahmadi


11 comments:

BlogS of Hariyanto said...

bukunya sangat menarik minat hati untuk membacanya..keep happy blogging :)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Kehidupan tanpa petunjuk ibarat mata tanpa cahaya. Gagal mengawal nafsu kita bisa terperosok ke dalam sebuah jurang yang paling dalam. Dan takwalah yang bisa mengekang nafsu.

Terima kasih atas peringatan ini..

~kamilah~ said...

BlogS of Hariyanto: :-)

Abd razak : TAQWA...walau pun susah pasti ku gagahi untuk menggapainya..
insyaAllah..

Nor Hicmah said...

Assalamulaikum,
Boleh tahu di mana hendak mendapatkan buku ini?

~kamilah~ said...

Wa'alaikumussalam...

saya tak pasti sebab ini buku lama yang dihadiahkan kepada saya..
tapi i.allah saya boleh cuba carikan..

email alamat pada saya : amil_eja@yahoo.com

fahmiey idris said...

Salam..sesiapa yang ingin beli buku ini boleh hubungi saya..0199596198 miey

SuperMattkool said...

Assalamualaikum. Mane nk cari buku ni??

~An-Nur~ said...

waalaikumussalam...

jika mahu buku ini, insyaallah saya boleh dapatkan di kedai buku...

emelkan alamat @ phone number

amil_eja@yahoo.com

~An-Nur~ said...

waalaikumussalam...

jika mahu buku ini, insyaallah saya boleh dapatkan di kedai buku...

emelkan alamat @ phone number

amil_eja@yahoo.com

Husaini Husain said...
This comment has been removed by the author.
Husaini Husain said...

Assalamualaikum...saya nk dapatkan buku ni. Ni number phone saya 0195605869. TQ