Assalamualaikum wbt.
|
Rafflesia..tema baju batik hari ni..:-)) |
Cerita ni tiada kaitan dengan gambar di atas...
Peristiwa petang tadi, tatkala saya mengawasi peperiksaan, ada seorang murid yang meminta kebenaran untuk ke tandas, dia berpatah balik dan memberitahu bahawa seorang ibu hendak bertemu dengan anaknya. Saya yang bertugas melangkah ke luar dan menjenguk ke bawah dek kerana kelas peperiksaan berada di
1st floor.
Kelihatan seorang ibu lingkungan 30-an berdiri dengan bengis. Saya cuba melemparkan senyuman kepada beliau namun tidak dapat menarik perhatiannya. Tiba-tiba anaknya keluar dari kelas dan berdiri di tepi saya.
Ibu yang ternampak kelibat anaknya itu terus menjerit dari bawah,
"Pekse(periksa) lagi ke?"
Anak itu menganggukkan kepala.
"
Lain kali bagi tahu la! Tiga kali aku datang!"
"Padan muka! Balik jalan kaki nanti!"
Suaranya memecah kesunyian dan sangat tinggi pada pandangan saya. Beliau terus berlalu begitu sahaja. Kami semua termasuk saya terkulat2 di depan kelas. Bayangkan, pengawas peperiksaan di kelas sebelah keluar tergesa-gesa mendengar jeritannya dari tingkat bawah.
Kasihan sungguh anaknya.
Saya memberi arahan kepada murid itu supaya masuk ke kelas semula. Perlahan-lahan saya bertanya kepadanya sama ada sudah selesai menjawab soalan ataupun tidak. Nasib juga sudah selesai.
"Mak tak tahu ke hari ni balik lambat?" saya bertanya cuba mencari puncanya.
"Saya lupa nak kabo(Beritahu)" murid itu menjawab longlai.
Ada beberapa pengajaran yang boleh saya ambil sebagai iktibar untuk kita semua.
Pertama, saya terus ke meja melihat namanya, ternyata dia Islam. Itu yang saya sangat kesal dengan sikap ibunya. Saya yang beragama Islam tumpang berasa malu kepada rakan pengawas yang bukan beragama Islam. Itukah cara kita mahu menarik
non muslim supaya tertarik kepada agama kita yang suci ini? Malah kita yang telah merosakkan sudut pandang mereka kepada agama Islam.
Kedua, islam mengajar kita supaya menghormati sesiapa sahaja termasuk mereka yang lebih muda dari kita. Kita sering diingatkan supaya beringat yang kanak-kanak itu ternyata mulia daripada kita sebab tidak banyak dosa seperti kita yang dewasa.
Ketiga, seorang ibu sepatutnya tak menunjukkan "akhlak" seperti itu kepada anaknya. Tak hairanlah jika suatu hari nanti, anak itu tak menghormatinya. 'Sesiapa yang tidak mengasihi tak akan dikasihi.'
Keempat, anak itu sudah tercalar emosinya pada hari peperiksaan penting! Jika ibu mahu marah2, tunggulah hingga anak sudah pulang ke rumah nanti.
Atleast, KIV dulu. Kasihan pada anak...
Akhirul kalam,
Hormatilah anakmu..Ternyata itu pengikat kasih sayangmu dengannya!
Berkekalan hingga syurga Firdausi..InsyaAllah.
Nota Bawah : Sampai malam ni duk teringat lagi peristiwa tadi. Mesti diluahkan di sini supaya dapat melelapkan mata dengan aman..:-) Supaya kamu kamu dan kamu yang membaca mengambil iktibar..Itu yang penting!