Pages

Sep 13, 2012

Ibu...Hormati Anakmu

Assalamualaikum wbt.

Rafflesia..tema baju batik hari ni..:-))
Cerita ni tiada kaitan dengan gambar di atas...

Peristiwa petang tadi, tatkala saya mengawasi peperiksaan, ada seorang murid yang meminta kebenaran untuk ke tandas, dia berpatah balik dan memberitahu bahawa seorang ibu hendak bertemu dengan anaknya. Saya yang bertugas melangkah ke luar dan menjenguk ke bawah dek kerana kelas peperiksaan berada di 1st floor.

Kelihatan seorang ibu lingkungan 30-an berdiri dengan bengis. Saya cuba melemparkan senyuman kepada beliau namun tidak dapat menarik perhatiannya. Tiba-tiba anaknya keluar dari kelas dan berdiri di tepi saya.

Ibu yang ternampak kelibat anaknya itu terus menjerit dari bawah, "Pekse(periksa) lagi ke?"

Anak itu menganggukkan kepala.

"Lain kali bagi tahu la! Tiga kali aku datang!"

 "Padan muka! Balik jalan kaki nanti!"

Suaranya memecah kesunyian dan sangat tinggi pada pandangan saya. Beliau terus berlalu begitu sahaja. Kami semua termasuk saya terkulat2 di depan kelas. Bayangkan, pengawas peperiksaan di kelas sebelah keluar tergesa-gesa mendengar jeritannya dari tingkat bawah.

Kasihan sungguh anaknya.

Saya memberi arahan kepada murid itu supaya masuk ke kelas semula. Perlahan-lahan saya bertanya kepadanya sama ada sudah selesai menjawab soalan ataupun tidak. Nasib juga sudah selesai.

"Mak tak tahu ke hari ni balik lambat?" saya bertanya cuba mencari puncanya.

"Saya lupa nak kabo(Beritahu)" murid itu menjawab longlai.

Ada beberapa pengajaran yang boleh saya ambil sebagai iktibar untuk kita semua.

Pertama, saya terus ke meja melihat namanya, ternyata dia Islam. Itu yang saya sangat kesal dengan sikap ibunya. Saya yang beragama Islam tumpang berasa malu kepada rakan pengawas yang bukan beragama Islam. Itukah cara kita mahu menarik non muslim supaya tertarik kepada agama kita yang suci ini? Malah kita yang telah merosakkan sudut pandang mereka kepada agama Islam.

Kedua, islam mengajar kita supaya menghormati sesiapa sahaja termasuk mereka yang lebih muda dari kita. Kita sering diingatkan supaya beringat yang kanak-kanak itu ternyata mulia daripada kita sebab tidak banyak dosa seperti kita yang dewasa.

Ketiga, seorang ibu sepatutnya tak menunjukkan "akhlak" seperti itu kepada anaknya. Tak hairanlah jika suatu hari nanti, anak itu tak menghormatinya. 'Sesiapa yang tidak mengasihi tak akan dikasihi.'

Keempat, anak itu sudah tercalar emosinya pada hari peperiksaan penting! Jika ibu mahu marah2, tunggulah hingga anak sudah pulang ke rumah nanti. Atleast, KIV dulu. Kasihan pada anak...

Akhirul kalam,
Hormatilah anakmu..Ternyata itu pengikat kasih sayangmu dengannya!
Berkekalan hingga syurga Firdausi..InsyaAllah.


Nota Bawah : Sampai malam ni duk teringat lagi peristiwa tadi. Mesti diluahkan di sini supaya dapat melelapkan mata dengan aman..:-) Supaya kamu kamu dan kamu yang membaca mengambil iktibar..Itu yang penting!









6 comments:

NoorVictory said...

Saya tak rasa siapapun di dunia ini layak dimalukan di hadapan khalayak ramai oleh sesiapapun.

Semoga kita ambil iktibar. Kita tak suka orang buat kita, kita jangan buat orang. Kan? :)

Good night teacher! :D

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Allahu Akhbar...kasihan anak tu diperbuatkan begitu.

Anak-anak adalah amanah Allah dan mereka berhak diberi kasih sayang dan bukannya untuk dihina

RULZA said...

Assalmualaikum kamilah

di tempat saya duduk kita pun dah banyak saya dengar ibu membahasakan dirinya aku..jika telo tidak menjadi masalah tapi gaya cakap sama macam kamilah cerita

kita bercakap yang ramai anak muda hilang bahasa yang lunak..kita orang tua juga sama..

selalu terfikir adakah mereka tidka pernah terfikir mereka juga boleh berdosa dengan anak walaupun allah letak syurga atas redha ibu bapa..

menjadi ibu bapa bukan sekadar itu..takut pula memikirkannya....

Hilmiah. said...

macam2 skrng...kat sini pulak,lecturer mengajar kat depan,blh tegur kwn yang lalu kat tepi kuliah..attitude makin kurang..

NadiaH NaDya said...

dulu saya pun pelik kenapa ada kawan2 yg sanggup bahasakan dirinya 'aku' bila bercakap dgn mak ayah....kasar bunyi nya...sebab kita biasanya gunakan 'aku' ketika bercakap dgn kawan2 je...tapi rupa2nya, ada mak bapa yang mmg bahasakan dirinya 'aku' bila bercakap dgn ank2....mak bapa borek anak rintik

Aishah Jahirah said...

ibu ayah sepattnya tunjukkan contoh yg baik kpd anak2.mcm mana anak2 nak hormat mereka kalau mereka sendiri tak tunjuk contoh yg baik.kesian anak tu, mesti dia rasa segan depan khalayak ramai mak dia terjerit2.:(