Oct 14, 2012
Hutang
Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya, semalam tiba-tiba teringat yang aku ni berhutang sesuatu.
Rasanya memang tak terbayar dah.
Sedih pulak rasanya.
Tapi
Setiap khalifah di muka bumi
Masih ada peluang untuk berubah
Malu sangat bila bersendirian di tikar sejadah
Tika tangan ditadah memohon keampunan
kepada Yang Maha Esa.
Lalu masih memohon supaya ditambah nikmat
Sedangkan nikmat yang sedia ada tidak digunakan sebaiknya.
Ya
Aku berhutang
waktu-waktu
umur di dunia
masa sihat
semuanya percuma
tapi tak digunakan semaksimanya untuk mengabdikan diri pada Pencipta
Tika kelalaian.
Tika syaitan mengintai2 peluang untuk merosakkan hati
Aku tak mahu bertemu dengan Tuhanku
Dalam keadaan kotor.
Dalam keadaan kufur nikmat
Ya Allah
Ampunkan kekhilafan hamba
3 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Sering juga merasa diri banyak dosa tidak memanfaatkan waktu sebaik-baiknya.
Waktu itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu waktu yang menjadi milik kita, waktu yang menjadi ancaman atas diri kita dan waktu yang tidak menjadi kedua-duanya.
hutang yang tak blh dibayar dgn harta benda kalau dah lepas ni memang rasa bersalah...
Terasa betapa kerdilnya kita di Mata Allah... terasa byk sgt dosa yg di lakukan.. Ya Allah ampuni hamba-MU ini...
Klu sudi follow blog sy juga ye..
boleh berkongsi2 info :)
TQ.
Post a Comment