Cuba berhenti berjalan dan pandang sekeliling.
Daripada 10 orang muslimah yang lalu-lalang di sekeliling, agak-agak berapa orang yang menutup aurat dengan sempurna?
Walaupun perkara ni diulang berkali-kali, dari zaman sekolah sampai sekarang, dan yang pastinya ramai yang dah faham, tapi saja buat2 tak faham atau terlupa itu saya tak pasti...
Atas rasa tanggungjawab, saja nak buat ulangan sekali lagi tentang batas2 aurat wanita. Kalau kita lihat sekarang ni, banyak sangat fesyen muslimah yang sentiasa di "upgrade" mengikut peredaran zaman.
Tapi, sayangnya tak ikut syariat Islam. Dalam bahasa yang lebih mudah, tak tutup sempurna aurat. Jadi, apa salahnya, labuhkan tudung kita yang singkat supaya menutup dada. Kita pasti sayangkan aurat kita, tak mudah dipamerkan secara percuma kepada orang yang tak layak malah tak berhak melihatnya.
Isu utama bukan tak boleh berfesyen, tapi biarlah fesyen yang menutup aurat dengan sempurna.
Antara kesalahan semasa bertudung ialah:
*Memakai tutup rambut sahaja tapi leher terdedah.
*Memakai tudung tetapi tidak menutup dada.(Ini kesalahan yang paling kerap dilakukan)
*Memakai tudung yang menutup dada tetapi jarang, dan masih menampakkan bentuk leher. (Kebanyakan kain tudung bawal masih jarang)
*Memakai tudung tapi tak memakai anak tudung menyebabkan rambut masih dapat dilihat.
Semua di antara kita berhak untuk berubah menjadi lebih baik.
Perasaan saat kali pertama menutup aurat dengan sempurna memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Anda yang sudah mengalaminya pasti dapat memahami apa yang saya maksudkan di sini. Cuma yang boleh saya katakan ialah ketenangan.
5 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Bila dilihat memang sukar nak tengok daripada 10 orang muslimah di luar sana yang menutup aurat dengan sempurna...Allahu Rabbi
Allah dah tutup segala aib dengan rapi namun yang tak mahu menutup aurat secara sendirinya membuka aibnya di mata manusia menyatakan bahawa dia durhaka dan engkar kepada perintah Allah SWT yang tersurat dalam al-Quran.
Keduanya, ia menunjukkan bahawa ia jahil tiada berilmu dalam bidang agama.
saya pun merasa msh x sempurna dalam menutup aurat...suka ayat ni "Peliharalah auratmu ketika sihat, nescaya Allah akan memelihara auratmu di kala kamu sakit...insyaAllah"
tutup aurat merupakan wujud kasih Allah pada hamba-hambaNya baik laki-laki atau perempuan,
Allah menginginkan kebaikan yang didapat para hambaNya,
namun sayang sedikit sekali hamba-hambaNya yang memahami kemuliaan menutup aurat...
Kalau tudung tu depan menutup dada cuma x begitu labuh boleh x?pastu belakang xlabuh...sy fhm kalau lebih labuh itu lg bagus cuma nk tau setakat mana yg betul2 menutup aurat..tq
saya share di facebook ye
Post a Comment