Saya kusyuk mendengar dan cuba mendalami perasaannya. Cuba memahami dengan perasaan seorang saudara Islam yang sama akidah. Sesekali menganggukkan kepala tanda setuju dengan ceritanya .Speechless! Perihal cara orang Islam sekarang yang sangat lemah dalam berdakwah. Tersentak juga dengan kata-katanya. Bagaikan bangun daripada lena yang panjang.
Tangan pula ligat membelek surat 3 muka yang penuh dengan luahan perasaan dan kasih sayang seorang ibu, perasaan seorang Islam yang dahagakan petunjuk dalam mendalami agama Islam yang dianuti, harapan seorang ibu yang Islam yang mahukan yang terbaik untuk anaknya, yang ingin mencorakkan anaknya dengan corak yang tebaik mengikut syariat Islam.
Tika itu, saya berfikir dan berkata dalam hati.
Bagaimana saya boleh membantunya?
Bagaimana saya boleh membantunya?
Bagaimana saya boleh membantunya?
Saya tak dapat membantu banyak untuk mengajarkan agama kepada murid saya ini kerana saya juga bukanlah orang yang arif dalam agama.Saya juga jarang akan dapat berjumpa dengannya kerana dia akan menginjak ke sekolah menengah.
"Saya tak dapat nak ajarkan banyak pasal agama, tapi insyaAllah saya tolong bagi jalan." Itulah kata-kata saya pada kawan(ustazah) yang turut mendengar luahan hati ibu tersebut.
Subhanallah wa alhamdulillah.
Setelah memberanikan diri berjanji untuk membantu, saya bulatkan tekad untuk mencari jalan. Jalan yang diharapkan dapat memberi arah yang betul untuk mereka. Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah, saya fikirkan setiap perkataan yang ditulis dalam surat rayuan tersebut. Saya sedar yang saya langsung tidak patut menghampakan harapan seorang saudara muslim yang dahagakan pertolongan seorang saudara muslim.
Dengan ilham yang Allah berikan, saya ke sebuah sekolah agama yang berasrama untuk berjumpa sendiri dengan pengetuanya dan hantar borang tersebut 'by hand'. Maklulmah, sekolah yang meletakkan syarat muridnya mendapat 5A semasa UPSR dan lulus interview. Namun, saya tahu murid saya belum mencapai tahap yang dikehendaki, hanya yang terlalu basic sahaja.
Mulalah sesi diskusi saya dengan pengetua tersebut, serta menceritakan segala permasalahan yang dialami demi kemaslahatan saudara muslim.
"Okey, nanti buka sekolah, terus datang berdaftar. Tak payah interview".
"Alhamdulillah, terima kasih cikgu." jawab saya.
Allah hu Akbar!
Siapa sangka, Allah mudahkan jalan mereka. Allah tahu kesusahan mereka. Allah tahu yang dakwah belum sampai dengan sempurna di kawasan mereka. Allah tahu yang mereka berhempas-pulas mempertahankan akidah daripada pendakyah-pendakyah yang cuba menarik mereka keluar dari Islam.
Segala debaran hilang. Hanya ucapan syukur yang terbit. Benarlah, Allah sentiasa memberi kemudahan kepada setiap hambaNya.
Dan, dua orang muridku kini sudah pun menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Diharapkan mereka dapat memulakan jalan menuntut ilmu di sana. Ilmu akhirat yang diimpikan mereka apatah lagi ibu bapanya.
Saya doakan mereka tetap bersemangat. Saya doakan mereka dapat pulang ke kampung mereka suatu hari nanti untuk berdakwah kepada masyarakat di sana. Supaya kanak-kanak akan datang tidak seperti zaman kanak-kanak mereka yang dahagakan kedatangan pendakwah yang tidak kunjung tiba ke kawasan mereka.
Amin Ya Rabb!
Ya Allah, permudahkan jalan mereka |
2 comments:
Alhamdulillah....im proud with u cik mila
cik nadiah...sy yakin + pasti kamu boleh lakukan yang lebih baikkkkk!!
Post a Comment