Mar 19, 2012
Akhlak Runtuh Dimakan Anai-Anai
Assalamualaikum wbt.
Perjalanan yang singkat tetapi sungguh bermakna. Cuti kali ini ke Terengganu. Hajatnya bertemu dengan sahabatku Cik Amy. Almaklumlah, Cik Amy akan jalan jauh minggu ini ke tanah suci, Insya Allah. (doakan kami pula)
Kami (me, jihah, amy& anak saudara amy) ke kawasan tepi pantai, ambil angin petang. Perbincangan kami petang itu ternyata lebih kepada masalah umat Islam sekarang. Saya bercerita kepada mereka bahawa statistik seorang kaunselor yang telah menjalankan kajian /soal selidik di sebuah sekolah menengah telah mendapati bahawa setiap kelas mempunyai 'wakil' yang telah berzina.
See???
Betapa keruntuhan akhlak sangat berleluasa di sekeliling kita. Ini bukan satu kisah dongeng atau khabar angin yang sengaja memperburuk umat Islam. Tetapi, satu kisah benar yang sepatutnya kita yang mempunyai ilmu dan iman mengambil tindakan sewajarnya.
Apakah sebabnya?
Ibu, ayah, semuanya mahukan yang terbaik. Namun, di sekolah, keluar daripada rumah bagaimana?
Saya sebagai 'cikgu', terkedu juga dan hanya mampu mengiyakan bila mana teman-teman mengatakan salah satu punca yang juga menyumbang disebabkan cikgu sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Itulah yang anak-anak murid perhatikan setiap hari ke sekolah. Itulah yang disimpan dalam ruang memori otak mereka. Bermula daripada umur sekolah rendah, mereka lebih mempercayai kata cikgu terutama apa yang cikgu ajar tidak kira walaupun parents mereka sendiri cikgu.
Seruan kepada diri sendiri terutamanya dan pembaca, terutama yang terlibat dalam dunia pendidikan, jagalah pakaian, perwatakan kita sebagai cikgu. Jika hari ini kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat, dan boleh jadi anak murid melihat kemudian mengikuti cara kita, kita pasti akan mendapat 'saham' yang merugikan itu.
Bentuklah hati murid sebaiknya.
Berilah makanan yang terbaik kepada hati mereka.
Biarkan mata mereka melihat kita cintakan Islam dalam berpakaian.
Sayangi mereka kerana Allah.
Mengapa saya katakan akhlak runtuh dimakan anai-anai?
Sebab, kalau kayu dimakan anai-anai kita tidak sedar. Begitu juga akhlak. Runtuhnya akhlak remaja hari ini tanpa kita sedari dan ia berpunca daripada kita juga sendiri.
Mari kita berdakwah di medan ilmu!

4 comments:
perumpamaan yg mmbuat kn kita berfikir 2 3 kali...good job
mila, kt skolah sy lagi pening. si adik Islam,si abg bukan islam.padahal tgl serumah...
tentulah dalam hati kamilah dan nadiah sebagai guru kadang2 terguris dan banyak berfikir bila melihat ada kerenah anak murid yang benar2 melampaui adab islam..
semoga allah beri kekuatan untuk menjadi guru yang terbaik..
bercakap tentang hal anak ini, risauu..mudah mudahan anak-anak kita semua dijauhkan cobaan-cobaan begini,,,
nadiah : ai, pelik tapi benar tu nad...kenapa macam tu?...hari ni pun baru tahu ad sorg murid thn 1 tu islam....
rulza: yea lah...pengaruh terlalu banyak sekarang baik dr rumah, sekolah n antara sekolah n rumah...
risau sgt bila memikirkan generasi anak2 kita akan datang.
mila : sy pun baru tau...cz budak2 tu sesi pagi...sy kan sesi petang....sy cakap ngn ust kt skolah 'kna siasat ni ustz'...
rulza: anak2 zmn skrang mmg kna didik btul2...bg kuat hati dorang supaya tak mudah terpengaruh n hormat org lain.... haish,tak tahu la nk mendidik anak mcm mana nnti.....
Post a Comment