Pages

Mar 10, 2012

Bunyi Ayam

Assalamualaikum wbt.

Isnin lepas, saya masuk ke kelas tahun 1 dan tertanya-tanya ke mana muridku seorang ni. Arni namanya. Dia murid yang boleh saya kategorikan paling menyerlah dalam kelas.

Tiap kali saya bagi vocab baru, dia berjaya mengingatnya. Walaupun saya menyoalnya dengan vocab yang diberi minggu awal pada mula2 sesi sekolah dulu, dia tetap mengingatnya hingga saat ini. Eja dan tulis dengan tepat.

Tapi kelibatnya tidak kelihatan. Terasa juga bila melihat bukunya tidak bersentuh sedangkan saya mengajar 3 perkataan baru kepada kawan-kawan sekelas.

Esoknya, saya masuk ke kelas. Arni tersenyum kepada saya. Dalam hati ni sudah tak sabar-sabar mahu bertanya sebab ketiadaannya semalam.

Saya mengajar seperti biasa. Semasa mereka membuat latihan, saya mendekatinya.

Me : Arni, kenapa ajeh(read : awak) tak datang sekolah semalam?

Arni : Terkejut siang cikgu.

Me : Mak tak kejutkan ke?

Arni : Tak. (sambil menggeleng kepala).

Me : Selalu bangun sendiri ke mak kejutkan?

Arni : Sendiri.

Me: Sendiri? Dengan apa kamu bangun? Macam mana? Ada jam loceng atau telefon?

Arni : Tak cikgu. Saya bangun bila dengar bunyi ayam berkokok.

Me : Ye ke???? (Kagum).

*************************************************
Terus bermuhasabah diri sekejap. Bandingkan dengan kehidupan kita yang lebih ada kemudahan, kita makin lupa.

Handphone ada, tapi bila bab nak set masa, nak bangun awal terutama untuk solat Subuh , jadi berat pula.

Tapi bila tahu nak ke tempat kerja, boleh pula on time!

Fikir-fikirkan.....

2 comments:

NadiaH NaDya said...

ajeh=awak....
new word
kirim salam ngn arni ye cikgu..:)

~An-Nur~ said...

hehe..
bole saja...