Pages

Jun 17, 2012

Buktikan, Di Mana Allah? & Israk Mikhraj

Assalamualaikum wbt.


Tersebut alkisah dalam satu kelas pengajian, terdapat seorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Saya namakan dia sebagai Si Fulan.

Si Fulan langsung tidak mempercayai Allah itu wujud.

Suatu hari, Si Fulan bertanya kepada kawan-kawannya benarkah Allah itu wujud?

Maka, bermulalah perdebatan di antara Si Fulan dengan rakan sekelasnya. Di sinilah rakan sekelas yang beragama Islam, mempercayai kewujudan Allah telah memainkan peranannya untuk membuktikan yang Allah itu wujud.

Saya namakan pula rakan sekelas tersebut sebagai, Tentera Allah.

"Ya, Allah itu wujud", jawab Tentera Allah.

"Cuba kamu tengok kerusi, meja ni kamu nampak tak?" soal Si Fulan lagi.

"Nampak" jawab tentera Allah.

"Kalau Allah tu wujud, mesti nampak macam ni jugak. Tapi mana? Tak da pun nampak?" sambung Si Fulan lagi.

Perdebatan kian memuncak.

Tentera Allah mula mendapat ilham untuk menegakkan akidahnya.

"Kamu nampak tak whiteboard kat depan tu?" soal tentera Allah.

"Mestilah nampak." jawab Si Fulan dengan yakin.

"Akal kamu nampak tak?" soal Tentera Allah lagi.

"Tak", jawab Si Fulan ringkas.

"Kalau macam tu, kamu tiada akal la.." balas Tentera Allah.

Si Fulan tercengang-cengang dan tertanya-tanya. Dia mula memahami hakikat yang Allah itu wujud.

Perdebatan hari itu berakhir dengan kemenangan Islam. Hanya sujud syukur yang mampu dilakukan tanda terima kasih yang tak terhingga pada Allah Yang Maha Hebat.

Ternyata, bukan semua benda boleh dibuktikan dengan pandangan mata. Kita tak boleh memikirkan isu Ketuhanan mengikut hawa nafsu. Mentafsir hanya mengikut logik akal. Tidak sama sekali.

Israk Mikhraj.

Alhamdulillah, salah satu peristiwa penting yang tidak dapat ditafsirkan dengan akal semata telah berlaku pada 27 Rejab dan hari ini, kita semua masih diberi kesempatan untuk melalui tarikh penting ini.

Bagaimana, Rasulullah saw telah diperjalankan oleh Allah swt dan dimikhrajkan ke langit untuk bertemuNya sendiri bagi menerima kewajipan sembahyang yang kita lakukan kini.

Dan

Peristiwa tersebut berlaku dalam satu malam.

Para penduduk Makkah termasuk bapa saudara Nabi, Abu Lahab tidak mempecayainya.

Mengapa?
Kerana mereka telah menilai dengan logik akal.

Namun, Abu Lahab telah mengutus seorang lelaki untuk memberitahu peristiwa itu kepada saidina Abu Bakar r.a.

Apa kata Saidina Abu Bakar?

"Jika Muhammad yang mengaku telah naik ke langit malam tadi, aku percaya!"

Begitulah akidah yang ada pada Saidina Abu Bakar yang telah diberi gelaran As-Siddiq(Yang Membenarkan) oleh Rasulullah saw.

Namun, Abu lahab masih tidak mempercayainya. Kemudian turunlah ayat,


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa' 17:1)


   اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ  
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)



3 comments:

NoorVictory said...

Urusan Allah adalah hal yang kalau diperdebatkan boleh membuatkan yg sentiasa berfikir dengan logik akal dan suka mempertikaikan itu ini menjadi gila. Huhuhuhu~

Salam isra' mi'raj! ;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Abu Bakar As-Shidiq meletakkan al-Quran dan Sunnah tinggi terhadapan daripada akalnya sementara Abu Lahab di sebaliknya sebab itulah iman tak muncul-muncul dalam diri Abu Jahal sampailah ajalnya mengundang.

~An-Nur~ said...

NoorVictory : ya, betul...salam israk mi'raj

Abd Razak : ya,AQ & Sunnah sentiasa tertinggi..