Pages

Jun 29, 2012

Doakan Saya

Assalamualaikum wbt.

"Doakan saya."

Inilah ungkapan, permintaan yang sering kita dengar. Terutama daripada keluarga, sahabat-sahabat terdekat, rakan sekuliyah, teman sekerja, jiran tetangga hatta sahabat di alam maya.

Tak kurang juga yang ber'sms' atau berbual melalui pelbagai medium yang lain bercerita tentang kehidupan, perjuangan dan pelbagai kejayaan yang dikecapi. Pada akhirnya, mereka membuat permintaan daripada kita supaya mendoakannya.

Namun, sejauh manakah kita mengambil berat dengan permintaan mereka?

Paling tidak, kita akan berdoa setiap kali selesai menunaikan solat. Pada tika itulah kita sepatutnya cuba mengingat siapakah yang telah meminta pertolongan kita untuk mendoakan mereka.Salah satu tanda orang beriman ialah bergantung harap hanya kepada Allah. Sebab itu kita harus berdoa dan meletakkan keyakinan yang benar-benar mantap bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
~Al-Baqarah 2:186~
 
Semasa berada di rumah-rumah Allah ataupun di tempat-temat mustajab doa, cubalah kita mengingat kembali sebanyak mungkin mereka yang telah meminta kita untuk mendoakan mereka. Kita doakan supaya mereka semua mencapai segala apa yang dihajati jika tidak dapat menyebut satu persatu. 
What You Give, You Get Back
Sebenarnya, ada kelebihan yang sangat besar bagi seseorang yang mendoakan saudaranya (sesama Muslim).
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Darda', Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya (sesama) Muslim tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Setiap kali dia memanjatkan doa kebaikan untuk saudaranya, di atas kepalanya ada seorang malaikat yang berkata, 'Amin. Semoga engkau juga beroleh perkara yang sama' ."
 ~Riwayat Muslim no. 2732~
Usah bimbang, kita doakan saudara kita, Allah akan berikan semula pada yang berdoa sebagaimana yang didoakan. Allah Maha Adil dan Maha Kaya. Pemilik segala isi langit dan bumi. 
Ternyata konsepnya sangat mudah. Kita pastinya sayang akan saudara seIslam kita. Doakan mereka. Doakan yang terbaik untuk mereka.

Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan hasutan syaitan yang sentiasa ingin memesongkan niat baik kita. Apa pesan Rasulullah saw?

"Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu, dan harta kamu, kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana di waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dimakbulkan."
~Riwayat Muslim no. 3006~
Mulalah berdoa secara 'senyap' kepada saudara seIslam kita. Itulah bakti kita kepada mereka. Mulalah bercucuk tanam di dunia supaya kita ada hasil untuk dituai di akhirat.


 Sudahkah berdoa kepada saudara kita hari ini?

5 comments:

NoorVictory said...

Pernah trfikir nak buat entri nih..;)

Selalu orang cuma ckp saya doakan awak. Tp sejauh mna mksd ayat itu, wallahu'alam.

Jom mula mndoakan sesama kita. ;)

Semoga awak terus istiqomah, insyaAllah sy doakan. ;)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Doa untuk saudara mukmin tanpa pengetahuannya merupakan usaha tanpa lelah dan modal untuk membantunya.

Insya Allah, boleh jadi usaha kita itu menghasilkan selesainya masalah mereka. Teruskan usaha.

~An-Nur~ said...

NoorVictory : aminn untuk awk jugak..:-))

Abd Razak: i.allah..t.ksh

nohas said...

Assalam...kdg2 terlupa berdoa secara khusus kpd kawan2, doa secara umum..muslimin & muslimat, mukminin & mukminat..

~An-Nur~ said...

insyaAllah kita sama-sama cuba istiqamah doakan kawan2..