Pages

Jun 3, 2012

Sahabat Lama & Ikan Masak Merah

Assalamualaikum wbt.

Dulu, masa sekolah rendah, jarak sekolah dari rumah tak memungkinkan saya berjalan kaki. Jadi, masa ada aktiviti kokurikulum, saya dan kawan-kawan sekampung prefer stay di sekolah atau pergi menumpang rumah kawan-kawan yang berdekatan untuk solat.

Selalu juga pergi dari rumah ke rumah yang lain, setiap kali ada aktiviti (betapa tak malunya..hehe). Kini, dah ramai yang saya tak tahu di mana dan bagaimana perkembangannya. Ada yang dah berkahwin, tinggal jauh dari kampung, tak kurang juga yang dah berjaya kerja macam-macam. Pendek kata, kalau dikumpulkan semula semuanya dan dibahagi mengikut bidang pekerjaan, paling ramai dah jadi cikgu. :-)

Ada sorang sahabat ni, saya banyak kali juga pergi ke rumahnya. Ayahnya baik hati membawa kami pulang ke rumahnya selepas waktu sekolah. Ibunya bekerja dan tiada di rumah waktu tu.

Paling saya ingat, disebabkan kawan saya ni anak sulung dan ada adik dua orang yang juga sekolah rendah waktu tu, balik sekolah, dia memasak.


Ikan masak merah..tu lah menu utama waktu tu, kemudian sahabat saya ni Min, goreng telur dan masak nasi.
* Pandai Min masak*

Kami makan dengan berselera lah...:p

Bila dah hampir waktu koko bermula, ayahnya akan pulang sekejap dari tempat keje dan 'angkut' semula kami ke sekolah. Baik betul pakcik ni.

Dan begitulah jasa ayahnya tiap kali saya dan kawan-kawan ke rumah Min.

Selepas tahun 6, sahabat saya berpindah ke Kedah. Dulu, tak da lagi handphone ni, saya tak lagi mendengar beritanya.. terputus hubungan.

SEMALAM...

Min muncul di depan rumah bersama keluarganya jauh datang dari Kedah. Dah besar panjang Min sekarang..hehe. Setelah hampir 13 tahun tak jumpa.

Adik-adiknya jugak.

Bila ditanya, "Min keje apa sekarang?"

"Cikgu"

"Samalah kita"
 
Min bisik pada saya,"Ingatkan Mila dah ada anak. Rupanya samalah kita bujang lagi."


Sama-sama ketawa bahagia jumpa kawan lama..

Ayah Min ingat lagi rupanya saya yang selalu 'menyibuk' dekat rumah Min..hehe..

Terima kasih Min dan keluarga. Datang jauh-jauh round semenanjung dan rumah saya salah satu destinasi persinggahan..*wink

Nanti kalau ke Kedah boleh la jalan rumah Min.

Entah bila lagi dapat jumpa. Lagipun Min mengajar di Sarawak.

Ya, saya gembira sangat semalam. Sampai kene tegur senyum sorang2 lepas Min balik...

Inni uhibbuki fillah.....






2 comments:

NoorVictory said...

Bestnya jumpa kawan lama! ;)

Dulu xda nset saya selalu berutus surat dgn kawan2 yg pindah. Klo ingat2 balik, best sangat2! =)

~An-Nur~ said...

hehe..bagusnya..
rasanya jarang sungguh berutus surat dgn kwn2..