Pages

Mar 31, 2011

Border

Assalamualaikum wbt.


Pernahkah anda terlalu ingin masuk ke suatu tempat tetapi tidak berkemampuan ke sana?

Diibaratkan satu istana yang mempunyai taman yang sangat indah. Anda terlalu ingin masuk ke kawasan itu. Setiap hari anda hanya bermain-main di tepi pagarnya sambil melihat keindahan taman itu dari luar dengan harapan anda akan dapat masuk ke taman itu suatu hari nanti.


Cantik sungguh perumpamaan yang diibuat untuk menggambarkan SEMPADAN YANG BAIK yang telah Allah tetapkan iaitu HUKUM SUNAT. Motivasi yang Allah berikan ialah jika kita melakukan perkara yang sunat, kita akan mendapat PAHALA. 

Bertentangan pula dengan HUKUM MAKRUH. Ini adalah SEMPADAN KEBURUKAN yang Allah tetapkan supaya manusia tidak terjerumus kepada dosa. Maha Pengasihnya Allah, perkara MAKRUH jika ditinggalkan akan mendapat PAHALA.


Ia boleh diibaratkan kita tinggal di sebuah rumah yang sudah usang. Jika setiap hari kita melanggar dinding rumah tersebut, maka tidak mustahil dinding rumah tersebut akan roboh juga akhirnya. Begitu juga dengan PERKARA MAKRUH, jika manusia sering melanggar apa yang dibenci Allah, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan melakukan perkara dosa pula.

Sungguh Allah itu Maha Halus, penelitian Allah tiada tandingan. Betapa Allah ingin menjaga hambaNya daripada terjerumus ke dalam perkara dosa.



 
Let's Grab The Chance!




Mar 30, 2011

Awan Lindungi Jenazah Ulamak

Assalamualaikum wbt.



Dapat menginsafkan penonton.

Bangkit semangat.

Allahu Akbar.



Mar 28, 2011

Non-stop

Assalamualaikum wbt.





Semakin banyak kerenah.
Makin pandai bercakap.
 Curious nak tahu semua benda.

Elergi dengan perempuan seksi.
Katanya" GEDIK"
Tak tahu dia dengar kat mana.

Suka main 'ultraman'
Lawan dengan semua yang mendekati
Non-stop dari bangun tidur sampai tidur semula.
Memang tak mengenal erti penat.

Pandai baca doa.
Walaupun baca doa makan tetiba masuk doa tidur.
Tak pe lah ye...
Cuba lagi...hihi


Membesar menjadi anak yang soleh....Amin.

Ismah Li ya....

Assalamualaikum wbt.


Langit mula mendung. Daripada jangkaan saya, hujan akan turun bila-bila masa. Kebetulan pula hari Jumaat dan jam pula sudah menunjukkan hampir 1 petang.

Bimbangkan pejabat pos akan tutup (tak pasti) rehat, saya duduk di tepi anjung sebuah bank di Kuantan. Tangan cepat memasukkan barang yang ingin diposkan ke dalam sampul pos laju. Pertama kali pos barang pos laju dalam plastik pos laju. Baru tahu ada bentuk plastik cam ni.  Barang penting yang mesti diposkan segera.


Tiba-tiba...

"Assalamualaikum, bole luangkan sikit masa?", sapa seorang penjual buku-buku keagamaan.

"Mintak maaf, saya terpaksa kejar masa sebab nak kene pos barang ni, takut hujan jap lagi", jawab saya sambil tangan tunjuk  ke langit.

"Sekejap ja" jawabnya lagi.

"Mintak maaf ", saya menolak sekali lagi.

Dia senyum dan menjawab, "Tak pa, maaf mengganggu" lalu berlalu dari situ.


Saya menyambung menyiapkan barang tersebut. Alhamdulillah, urusan selesai seperti yang diharapkan.


*****************************************************

Tiap kali teringat penjual tersebut, hati mula rasa bersalah. Terasa seperti pentingkan diri.

Andai anda yang membaca adalah penjual tersebut, maafkan saya.

Barulah terfikir sepatutnya saya begitu dan begini.

Masa akan datang, saya akan lebih prihatin.




I'm sorry...

Mar 26, 2011

Pencinta Al-Quran

Assalamualaikum wbt.



Jadilah kamu salah seorang pendamping Al-Quran. 

Jadilah kamu salah seorang yang mentadabbur isi Al-Quran.

Jadilah kamu salah seorang yang mengamalkan isi Al-Quran.

Jadilah kamu salah seorang pemelihara Al-Quran.

Jadilah kamu sebagai salah seorang yang mencintai Al-Quran.

 Kamulah orangnya......


"Allahhummarhamna bil Quran"

Mar 24, 2011

Hikmah

Assalamualaikum wbt.


Mungkin sesuatu yang dirancang indah-indah belaka tidak terjadi seperti yang diharapkan. Malah kegagalan pula menimpa.

Jiwa pastinya berduka saat kegagalan menjelma tetapi akhirnya dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segala persoalan terjawab dan hikmahnya telah ditunjukkan seluas-luasnya di hadapan mata. Jauh daripada jangkaan fikiran insan kerdil.

Terpaku!

MasyaAllah wa Tabarakallah!

Subhanallah wa Alhamdulillah!

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 2:216 )



Keliru

Assalamualaikum wbt.

 


Keliru Engkau Keliru
Memilih Warna Hidupmu
Keliru Engkau Keliru
Yang Putih Atau Yang Kelabu

Keliru Engkau Keliru
Memilih Arah Langkahmu
Keliru Engkau Keliru
Ke Barat Atau Ke Timur

Hanyalah Engkau Yang Tahu
Pilih Warna Hidupmu
Yang Putih Tandanya Bersih
Itu Yang Harus Kau Pilih

Berhati-Hati Melangkah
Menuju Ke Suatu Arah
Kelak Kau Akan Menyesal

Janganlah Engkau Keliru
Memilih Tuhan Yang Satu
Dialah Arah Tujumu
Yang Mewarnakan Hidupmu



Artist:: Nowseeheart
Song Category: Nasyid




Mar 21, 2011

Terubat Rindu!

Assalamualaikum wbt.


Terasa nak jot down sesuatu malam ni. Hari terakhir sekolah sebelum cuti diberi kesempatan untuk sampai ke tempat yang pernah mencoret kisah seorang yang baru ingin mengenal dunia suatu ketika dahulu :p.

Dengan terjemahan al-Quran yang dibawa bersama menjadi teman. Niat hari itu memang ingin solat Zohor di tempat yang selalu dia bersolat suatu ketika dulu. Subhanallah, tenangnya hati. Usai solat, dia memandang sekeliling, masih terbayang kawan-kawan dan kakak senior yang selalu saja duduk mengaji dan saling bertanya, " dah hafal surah mana?", "berapa ayat dah?", "jom tasmik!". Surau ni makin tersusun dan seingat dia, dulu karpet hijau tapi dah diganti dengan yang baru.

Semasa orientasi, dia dikehendaki menghafaz surah al-Jumu'ah, wirid + doa selepas solat, amali wudhuk + solat. Kalau tak hafal, lepas Asar masa riadhah mesti bawak kerusi satu sorang hafaz kat padang. Alhamdulillah, excluded her! hehe. Well, itu semua tarbiyah, daripada tak pandai menghafaz jadi pandai, daripada tak ingat wirid jadi ingat, daripada makmum jadi imam.

Sebenarnya kehidupan beragama adalah kehidupan yang paling tenang. Serba serbi ada penyelesaian yang terbaik. Ambillah kesempatan selagi ada masa untuk kembali kepada agama. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan maka Allah akan datang kepada kita dengan berlari.

Actually, dia masih ingat ada juga suatu ketika dia dirotan oleh warden dalam suatu perhimpunan secara tergempar di surau ni. Semuanya gara-gara jumlah student aspuri yang tak pasang cadar waktu sekolah hampir mencecah 200 orang. Marah betul warden masa tu. ohh....pernah jugak nak wat hal ye!. dia berpakat suma satu bilik tak nak pasang cadar sebab petang sebelum kejadian, ada kucing tersesat dah membuang najis betul-betul bawah katil dia. Ada jugak bilik lain yang terkena. Jadi bila da tersebar cerita ni, semua nak jaga cadar masing-masing, tak sangka pulak tinggal yang betul-betul skema ja yang pasang cadar esoknya. hehe..(abesla saya). Maka, pada hari kejadian semua yang tak pasang cadar dapat la 'award' masing-masing.

Semuanya kenangan yang manis untuk dikenang.




 tenang.......

 Ya Allah, peliharalah akhlak kami.

Psssttt...ambil kesempatan sementara kaum Adam p solat Jumaat...


 Ya Allah, ampunilah dosa guru-guruku.

Mar 20, 2011

Balik Modal

Assalamualaikum wbt.


Sidang jemaah masjid pada hari itu sedang kusyuk mendengar pengisian daripada seorang ustaz yang saya sendiri tidak mengingati namanya (hehe..). Pertama kali menjejakkan kaki ke masjid itu sebenarnya
memang dicadangkan oleh salah seorang daripada KAMI, katanya ada kuliah Maghrib.

Jemaah yang mungkin sebahagian besar dalam pemusafiran seperti KAMI, bergegas meninggalkan masjid menuju ke destinasi masing-masing. Tinggallah beberapa orang jemaah perempuan yang masih terpaku di tempat masing-masing di sudut yang berbeza dalam masjid.

Memetik kata-kata ustaz tersebut, kita hendaklah memperlengkap diri dengan amalan-amalan sunat disamping amalan yang wajib. 

Amalan sunat seperti solat-solat sunat, puasa sunat Isnin dan Khamis, qiamullail dan zikir tidak boleh dipandang remeh.

Jika hanya melakukan ibadah wajib tanpa disertai dengan amalan sunat untuk menampal lubang-lubang yang ada, berapa kali kita tidak kusyuk solat, berapa kali pula tidak menutup aurat dengan sempurna dan berapa kali pula berpuasa Ramadhan hanya mendapat lapar dan dahaga?. Amalan sunat juga bukti cinta kita lebih kepada Allah swt.

Ustaz juga mengatakan bahawa amalan seharian yang tidak disertai dengan amalan-amalan yang sunat boleh diibaratkan sebagai hanya balik modal. Jika kita seorang ahli perniagaan yang ingin kaya-raya, tentunya kita mahukan untung yang berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.

Tiada peniaga yang hanya ingin balik modal sahaja apatah lagi mengalami kerugian. Setiap kali menjalankan perniagaan, semestinya peniaga akan mengira untung yang diperoleh dan kemudian pelbagai cara digunakan supaya untung yang diperoleh bertambah.

Begitu juga sikap kita dalam mengerjakan amalan-amalan sunat. Bersungguh-sungguh dan tidak jemu.



Ayuh kita cipta Keuntungan!

Mar 10, 2011

Tentang Dia

Assalamualaikum wbt


Menghantar mesej kepadanya pagi tadi. Walaupun jauh di Sabah tapi dekat di hati...hehe..

Juz to wish Happy Birthday!

Cik Nadiah.......




"Ya Allah berkatilah umur kami dan tetapkanlah kami di jalan Mu"

Mar 1, 2011

'Full time muslim'

Assalamualaikum wbt



 Walau apapun pekerjaan kita di dunia, dari sekecil-kecil tanggungjawab hingga ke sebesar-besarnya, jangan lupa tanggungjawab hakiki. Tujuan sebenar kita di sini dan akan kembali ke kampung abadi di sana kelak.

Betapa rindu untuk bertemu Sang Pencipta. Walaupun hati berasa gentar, namun usaha keras ke arahnya itulah yang penting. Kesudahannya, hanya rahmat dan kasih sayang Allah yang ditagih.


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah 2:208)



How about you?