Langit mula mendung. Daripada jangkaan saya, hujan akan turun bila-bila masa. Kebetulan pula hari Jumaat dan jam pula sudah menunjukkan hampir 1 petang.
Bimbangkan pejabat pos akan tutup (tak pasti) rehat, saya duduk di tepi anjung sebuah bank di Kuantan. Tangan cepat memasukkan barang yang ingin diposkan ke dalam sampul pos laju. Pertama kali pos barang pos laju dalam plastik pos laju. Baru tahu ada bentuk plastik cam ni. Barang penting yang mesti diposkan segera.
Tiba-tiba...
"Assalamualaikum, bole luangkan sikit masa?", sapa seorang penjual buku-buku keagamaan.
"Mintak maaf, saya terpaksa kejar masa sebab nak kene pos barang ni, takut hujan jap lagi", jawab saya sambil tangan tunjuk ke langit.
"Sekejap ja" jawabnya lagi.
"Mintak maaf ", saya menolak sekali lagi.
Dia senyum dan menjawab, "Tak pa, maaf mengganggu" lalu berlalu dari situ.
Saya menyambung menyiapkan barang tersebut. Alhamdulillah, urusan selesai seperti yang diharapkan.
*****************************************************
Tiap kali teringat penjual tersebut, hati mula rasa bersalah. Terasa seperti pentingkan diri.
Andai anda yang membaca adalah penjual tersebut, maafkan saya.
Barulah terfikir sepatutnya saya begitu dan begini.
Masa akan datang, saya akan lebih prihatin.
0 comments:
Post a Comment