Sidang jemaah masjid pada hari itu sedang kusyuk mendengar pengisian daripada seorang ustaz yang saya sendiri tidak mengingati namanya (hehe..). Pertama kali menjejakkan kaki ke masjid itu sebenarnya
memang dicadangkan oleh salah seorang daripada KAMI, katanya ada kuliah Maghrib.
Jemaah yang mungkin sebahagian besar dalam pemusafiran seperti KAMI, bergegas meninggalkan masjid menuju ke destinasi masing-masing. Tinggallah beberapa orang jemaah perempuan yang masih terpaku di tempat masing-masing di sudut yang berbeza dalam masjid.
Memetik kata-kata ustaz tersebut, kita hendaklah memperlengkap diri dengan amalan-amalan sunat disamping amalan yang wajib.
Amalan sunat seperti solat-solat sunat, puasa sunat Isnin dan Khamis, qiamullail dan zikir tidak boleh dipandang remeh.
Jika hanya melakukan ibadah wajib tanpa disertai dengan amalan sunat untuk menampal lubang-lubang yang ada, berapa kali kita tidak kusyuk solat, berapa kali pula tidak menutup aurat dengan sempurna dan berapa kali pula berpuasa Ramadhan hanya mendapat lapar dan dahaga?. Amalan sunat juga bukti cinta kita lebih kepada Allah swt.
Ustaz juga mengatakan bahawa amalan seharian yang tidak disertai dengan amalan-amalan yang sunat boleh diibaratkan sebagai hanya balik modal. Jika kita seorang ahli perniagaan yang ingin kaya-raya, tentunya kita mahukan untung yang berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.
Tiada peniaga yang hanya ingin balik modal sahaja apatah lagi mengalami kerugian. Setiap kali menjalankan perniagaan, semestinya peniaga akan mengira untung yang diperoleh dan kemudian pelbagai cara digunakan supaya untung yang diperoleh bertambah.
Begitu juga sikap kita dalam mengerjakan amalan-amalan sunat. Bersungguh-sungguh dan tidak jemu.
0 comments:
Post a Comment