Mar 31, 2011
Border
Assalamualaikum wbt.
Pernahkah anda terlalu ingin masuk ke suatu tempat tetapi tidak berkemampuan ke sana?
Diibaratkan satu istana yang mempunyai taman yang sangat indah. Anda terlalu ingin masuk ke kawasan itu. Setiap hari anda hanya bermain-main di tepi pagarnya sambil melihat keindahan taman itu dari luar dengan harapan anda akan dapat masuk ke taman itu suatu hari nanti.
Cantik sungguh perumpamaan yang diibuat untuk menggambarkan SEMPADAN YANG BAIK yang telah Allah tetapkan iaitu HUKUM SUNAT. Motivasi yang Allah berikan ialah jika kita melakukan perkara yang sunat, kita akan mendapat PAHALA.
Bertentangan pula dengan HUKUM MAKRUH. Ini adalah SEMPADAN KEBURUKAN yang Allah tetapkan supaya manusia tidak terjerumus kepada dosa. Maha Pengasihnya Allah, perkara MAKRUH jika ditinggalkan akan mendapat PAHALA.
Ia boleh diibaratkan kita tinggal di sebuah rumah yang sudah usang. Jika setiap hari kita melanggar dinding rumah tersebut, maka tidak mustahil dinding rumah tersebut akan roboh juga akhirnya. Begitu juga dengan PERKARA MAKRUH, jika manusia sering melanggar apa yang dibenci Allah, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan melakukan perkara dosa pula.
Sungguh Allah itu Maha Halus, penelitian Allah tiada tandingan. Betapa Allah ingin menjaga hambaNya daripada terjerumus ke dalam perkara dosa.
Let's Grab The Chance!
0 comments:
Post a Comment