Pages

Jul 14, 2012

Enam Ciri Wanita Yang Buruk

Assalamualaikum wbt.

Saya membelek-belek kitab Muhimmah karangan Syeikh ‘Abdullah Ibn ‘Abdur Rahim Fatoni petang tadi.
Kitab yang berkisar tentang wanita....makhluk sepertiku.

Berikut hanyalah secebis kupasan dalam kitab ini yang ingin saya kongsikan sebagai panduan kita bersama terutama kaum Hawa...


Pertama : Al-Ananah
Perempuan yang banyak mengadu tentang dirinya serta banyak keluh kesah padahal dia sentiasa menghias dirinya. Maka berkahwin dengan wanita seperti ini menyakitkan hati lagi tiada diperoleh darinya kebajikan.

Kedua : Al-Mannanah 
Perempuan yang berkata kepada suaminya, aku berbuat kebajikan begini2, namun engkau tiada berbuat kebajikan kepada ku.

Ketiga : Al-Hannanah
Perempuan yang berkeinginan kepada suami yang lain dan berkeinginan kepada anak dengan suami yang lain. Maka hendaklah dijauhi berkahwin dengan perempuan seperti ini.

Keempat : Al-Haddaqah
Perempuan yang berkeinginan akan sesuatu dan dia memperbuat sehingga suaminya membelinya. (suka memaksa suami membeli sesuatu yang diingininya walaupun di luar batasan kemampuan suami)


Kelima : Al-Barraqah
Mempunyai dua makna. Pertama ialah perempuan yang hanya suka menghias dirinya iaitu melampau-lampau hingga meninggalkan kewajipannya. Kedua suka memarahi ke atas makanan dan apa yang diberi oleh suaminya selalu dikatakannya masih tidak mencukupi.

Keenam : As-Sallaqah
Perempuan yang membanyakkannya akan perkataan. (Terlalu banyak bercakap).


Seindah Perhiasan Adalah Wanita Yang Solehah


2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Sedayanya cuba menjauhi tapi bila takdir menentukan ianya merupakan ujian yang sangat besar perlu kepada pengorbanan dan kesabaran dalam mendidik mereka menjadi wanita solehah.

~An-Nur~ said...

pahala yang amat besar buat suami yang bersabar dengan kerenah isterinya..dan senantiasa berusaha mendidik mereka mengikut acuan Islam...