Pages

Dec 29, 2011

Hati-Hati Jadi Followers

Assalamualaikum wbt.




Selalu fikirkan dan ambil berat sangat pasal ni. Walaupun nampak macam kecik, tapi sebenarnya rasa  besar sangat. Nampak ringan tapi sebenarnya berat sangat. Nampak nipis tapi tebal sangat.

Pertama kali kita ke blog seseorang, atau orang ke blog kita, dah boleh nilai sikit-sikit tuan blog mahu mengajak pembaca dekatkan diri pada Pencipta atau menjauhkan pembaca dari Pencipta.


Sebaiknya kita teliti dahulu sebelum menjadi salah seorang followers.

 Ada seseorang cakap, "Kalau nak jadi followers biar follow yang betul. Kalau nampak tuan blog banyak paparkan benda mungkar, kita makin lalai bila baca, patutkah kita jadi followers dia?"

Saya terdiam. Tergamam.

Ada pendedahan aurat dipaparkan di blog.
Ada percampuran bukan muhrim bemesraan.
Ada sesuatu yang melawan kehendak agama Islam.
Ada yang menghina hukum-hukum Islam.

Dan bermacam lagi yang tak sedap dipandang dan tak sedap dibaca.

Bila kita jadi followers, maknanya kita bersetuju dengan apa yang dituliskan, kita berminat mengetahui updatenya, kita bersama mereka.

Tapi ada juga yang jadi followers untuk mendakwah dia kembali. Itu sesuatu yang baik. Tegurlah degan berhikmah.

Semuanya kembali kepada diri kita.

YES!

Isu sekecil followers, semuanya akan ditanyakan di akhirat kelak. Saat mulut dikunci, tangan dan kaki berkata-kata memberi kesaksian.

Pada waktu itu Kami kuncikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. 
  (Yaa Siin 36:65)


"Ya, tangan ini ya tuhanku yang telah memilih untuk menjadi followers kepada si polan sipolan yang banyak menderhaka kepadaMu."

Kita apa yang kita fikirkan.

HATI-HATI JADI FOLLOWERS!

Wallahu a'lam.

4 comments:

NadiaH NaDya said...

betul3...
takutnya nnti kalau kena soal di SANA

~An-Nur~ said...

mkin takut akhir2 ni..ntah kenapa..

Joko S. Al-Hanif said...

yups.. benar sekali... insyaAllah qt tetep waspada ya :)

~An-Nur~ said...

insyaallah bersama-sama..