Dapur 1
Sedang buat kek buah dengan Ummi.
Mula-mula guna 1 periuk masak buah campur dan beberapa bahan lain. Lepas tu, nak pukul telur.
Ummi : Guna periuk yang buah ni ja. Tuang dulu dalam bekas lain. (sambil tuang buah campur tu dan beri periuk pasa saya).
Me : Umi, ada lagi tu kismis tertinggal dalam periuk ni...
Ummi : Kimia sungguh! tengok ni ada dua ulas ja pun.. kak chik2....
Me : hehehe (ketawa). Biasa dah kat makmal, tak bole campur2, nanti jadi sebatian lain....(ayat cover)
Ummi : Fikir luas sikit kakchik...
:::dalam hati : skemanya daku ::::::
Dapur 2
Masa tu buat kek biasa. Mulanya buat sendiri dan ummi pesan suruh tolong gunting sekali kertas minyak pengalas untuk kek. Masa tengah bakar baru ummi tanya.
Ummi : Awak potong macam mana kertas lapik kat bekas loyang ni?
Me : Buat bentuk bulat sama dengan bentuk loyang ni.
Ummi : Pastu untuk tepi keliling awak tak gunting kertas tu?
Me : Tak terfikir pulak.
Ummi : Kakchik2, blaja Kimia tak teringat nak buat untuk tepi ni. Benda senang. (Ummi ketawa)
Me : hehehe(ketawa).
:::dalam hati : skemanya daku, ummi suruh buat alas, memang buat alas bawah ja, tak fikir langsung dah yang lain... ::::::
Dapur 3
Masa tu tengah bancuh adunan nak buat kuih pau. Air perlu disukat 250 ml. Saya letak bekas untuk atas kabinet dapur, untuk lihat aras air yang tepat.
Ummi : Amboi kakchik, sampai tertunduk-tunduk nak tengok aras air. Agak-agak ja...
Me : hehe.. dah terbiasa tengok ikut meniskus dalam makmal. Nanti kalu terlebih kang lembik pulak...(Cover lagi)....
:::dalam hati : skemanya daku, terbawak-bawak cara dalam makmal sampai ke rumah.... ::::::
Kereta :
Jalan-jalan dengan kakak. Nak cari parking. Ada tanda no entry. Tapi tu yang dekat dan tak da orang pun.
Tempat pun bukan bandar besar. Pekan kecik. Pekan koboi...
Kakak : Kenape awak tak masuk ikut situ je? (bila tersedar saya pusing ikut jauh)
Me : Tu kan ada tanda no entry.
Kakak : Payah betul pemandu berhemah ni.
Me : (Ketawa)..macam tak kenal..(cover lagi)
:::dalam hati : skemanya daku ::::::
:::::::::::::::Tak Mahu jadi macam kat bawah ni boleh tak?::::::::::::::::
4 comments:
haha cik mila...sama ja skema kita bab dapur 3 tu....tapi sy tepung la,bukan air....talking about kek buah. tringat plak kek buah saya yg hangus,xjadi nk bwk ke jamuan raya sekolah...baru nk usha ust mesir time tu...hihi
well, ciri2 saintis tu dah terpahat dalam diri..haha...bila ingat, kadang skema kita mmg x bertempat..hehe.. aighoo....camna bole hangus.. dik na ke yg tlg abiskan????hehe...
takpa2 bole buat kek lain nt... baikkk punyaa....
saintis??hehehe
mana tak hangusnya, sy guna microwave yg x penh sy gna, percubaan pertama,haha,salah set timing kot..hangus bhgn bwhnya ja,tapi x proper la nk jamu orang...sendri mkn la jgak..hehehe
hehe..dik na skali kne habiskan..
ni pun x guna microwave..guna cara lama.. dapur gas..
Post a Comment