Assalamualaikum wbt.
Sempena saat-saat akhir Ramadhan pada hari ini, saya memohon maaf segala silap dan salah kepada semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan di alam maya.
Saya search pekara sunat semasa eid fitr, dan saya temuinya dengan bantuan Mr. Google....saya kongsikan di bawah.
1. Bertakbir sama ada di masjid,
surau, rumah mahupun di dalam perjalanan. Iaitu bermula daripada malam
raya sehinggalah terbenam matahari 1 Syawal.
2. Selain tu, anda juga boleh memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih memuji Yang Maha Esa.
3. Mengemas serta menghias rumah agar kelihatan bersih dan cantik.
4. Mandi sunat Aidilfitri.
5. Memakai pakaian terbaik yang ada dalam koleksi anda. Anda juga disunatkan memakai pewangi.
6. Menjamah juadah yang ada sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.
7. Membayar zakat fitrah. Masanya adalah di antara selepas solat Subuh hinggalah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
8. Pergi menunaikan solat dengan berjalan kaki.
9. Memilih laluan yang berbeza semasa anda pergi dan balik daripada menunaikan solat.
10. Bersedekah
11.Mengucapkan tahniah kepada umat Islam sebagai tanda kemenangan.
Sumber
FN : Sayunya solat tarawikh malam tadi..terfikir saya adakah saya akan bertemu dengan Ramadhan akan datang? Wallahu a'lam...
2 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Salam Idul Fitri
Maaf atas segala silap dan salah..
Moga Allah menerima kebaikan kami dan kebaikan kamu..aamiin
salam idulfitri...
Post a Comment