Pages

Aug 11, 2012

Maklumat VS Ilmu

Assalamualaikum wbt.



Pagi tadi, dalam kereta sempat dengar satu bual bicara di radio tentang ILMU.

Panel menekankan yang ramai di antara kita boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tetapi tidak ramai yang mencari ILMU. Dunia sekarang dikenali sebagai dunia tanpa sempadan tetapi ramai yang masih tenggelam dalam dunia ini tanpa memanfaatkannya.

Barulah saya tahu yang maklumat dan ilmu adalah dua perkara yang berbeza. Panel memberitahu bahawa salah satu definisi ilmu ialah apabila ia memberi manfaat kepada seseorang. Selagi sesuatu perkara itu tidak memberi manfaat kepada seseorang, ia tidak dianggap ilmu. Ia kekal sebagai maklumat.

Sebab itulah seseorang yang berjaya dalam akademik, belum tentu berjaya dalam keperibadian atau akhlak kerana akademik akan kekal sebagai maklumat selagi ia tidak diserap oleh akal dan meresap ke seluruh tubuh untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, ramai di kalangan mereka yang berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan besar, tapi masih tidak menutup aurat, masih bergaul bebas, masih tidak menunaikan solat. Semuanya kerana maklumat yang mereka ada kekal sebagai maklumat dan belum menjadi ilmu kepada diri mereka.

Kita juga hari ini lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah berbanding ilmu fardhu ain. Tidak dinafikan yang ilmu fardhu kifayah juga penting. Jika tiada orang Islam yang sudi belajar akaun, bagaimana nak menguruskan ekonomi? Kita bisa ditipu oleh orang kafir. Jika tiada orang Islam yang sudi belajar menjahit, bagaimana nak menghasilkan pakaian bagi menutup aurat kita umat Islam? Jika tiada pula yang sudi belajar ilmu perubatan, bagaimana nak menyelesaikan masalah kesihatan umat Islam? Jadi, ilmu fardhu kifayah itu penting tetapi ilmu fardu ain mesti diutamakan. 

Perkaitan antara ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.
Saya bagi contoh jelas. Seorang tukang jahit profesional/pereka fesyen. Jika beliau mempunyai ilmu fardhu ain, pastinya dia tidak mereka fesyen yang terpesong dari ajaran agama. Pastinya beliau menjahit pakaian yang menutup aurat demi kemaslahatan umat Islam. Ini tidak, jika kita perhatikan di televisyen, majalah, malahan di alam maya, fesyen yang dikatakan busana muslimah contohnya masih lagi tak menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Itulah pentingnya semua umat Islam mempunyai ilmu fadhu ain yang menjadi tunjang dalam setiap tingkah- lakunya. Tak seharusnya kita memandang enteng perkara seperti ini.

Multidisciplinary
Lihat sahaja ramai cendekiawan Islam pada zaman kegemilangan Islam seperti Ibn Sina, Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Ibn Khaldun, At-Tusi dan ramai lagi. Mereka menguasai pelbagai bidang ilmu terutama ilmu fardhu ain. Kerana itu lah mereka menjadi seorang tokoh yang hebat.

Di manakah silapnya, sistem pendidikan kita sekarang yang menekankan akademik berbanding ilmu fardhu ain sedangkan ilmu fadhu ain mesti berada di atas berbanding semua ilmu yang lain. Kita seolah-olah mengasingkan ilmu agama dengan ilmu akademik yang lain. Pemikirang sekular yang mengasingkan ilmu agama dengan akademik telah mula merosak ke dalam hati kita umat Islam.

Cikgu2 akademik takut untuk menceritakan tentang Islam di dalam kelas. "Aku bukan ustaz/ustazah" Itulah yang bermain di fikiran guru2 akademik. Sedangkan terlalu banyak ruang dan peluang untuk guru2 menyentuh hati anak muridnya setiap hari. InsyaAllah, kita akan memberi ILMU kepada mereka bukan sahaja maklumat di atas kertas yang hanya diuji dalam peperiksaan sekolah/universiti tetapi tidak di medan ujian dunia. Ustaz-ustazah pula lebih2 lagi sebolehnya memperkukuh akidah murid/pelajar mereka. Jika kita menyampaikan ilmu kepada mereka, tidak mustahil mereka menjadi Ulama' Ummah yang disegani pada masa akan datang.

Al-Khawarizmi

Apa yang hendak ditekankan di sini, sepatutnya kita melahirkan manusia yang hebat dalam pelbagai bidang ilmu fardhu kifayah, namun pakar dalam bidang agama. Keduanya selari. Itulah yang terbaik!



Sudahkah Kita Mendapat Ilmu Sepanjang Hari Ini?
Fikir-fikirkan....







2 comments:

NoorVictory said...

Huhuhu~

Tak kisah lah kita ustaz ke, ustazah ke, cikgu Math ke, Sains ke, English teacher ke, menyampaikan yang benar itu kan tugas seluruh khalifah ALLAH? Sedih kalau ada yang berpendapat itu cuma tugas ustaz dan ustazah. =(

Sekarang dunia dah sangat hujung jari sampaikan orang dah malas nak rujuk buku dan para ulamak kalau ada persoalan tentang hal-hal tertentu. Kan?

Salam Ramadhan yang ke-23 teacher! Heee

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ilmu itu akan menjadi bencana atasmu hingga engkau amalkan dan bila engkau telah mengamalkannya maka ilmu itu telah menjadi milikmu..