Pages

Feb 17, 2011

Kesuntukan Masa

Assalamualaikum wbt

Semua manusia diberi 24 jam untuk melangsaikan segala tanggungjawab di dunia.

Maka, bahagikanlah masa seadilnya dan letakkanlah pada tempatnya yang hak.

Masa diibaratkan seperti pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. Ia tidak dapat diundur tetapi juga tidak dapat dipercepatkan.

Salah satu soalan teka-teki imam al-Ghazali, apakah yang paling jauh?

Yang paling jauh ialah masa yang berlalu.

Jika diri sudah ketinggalan masakan masih mahu berada dalam zon selesa. Masih dibuai mimpi-mimpi indah sedangkan tanggungjawab semakin bertambah. Lihat dan congak diri masing-masing, siapakah kita sekian-sekian tahun akan datang? Mendaki gunung yang tinggi tentu sekali sukar tetapi dengan keazaman yang kuat dan doa beserta usaha yang tidak pernah putus, insyaAllah kita akan berjaya. Mendapat hasanah di dunia dan hasanah juga di akhirat.




Firman Allah swt,
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (al-'Asr 103: 1-3) 



Siapakah orang yang tidak mengalami kerugian?

Ya, mereka ialah orang-orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Mengapa pula kebenaran dan kesabaran?


Kerana sejak zaman nabi-nabi lagi, orang yang menyampaikan kebenaran selalunya akan dihina, dibalas dengan lontaran batu dan dipulau. Tidak kurang juga yang dibunuh.

Contoh terdekat, jika kita ditegur oleh seseorang supaya berubah menjadi lebih baik, adakah kita akan mengucapkan terima kasih kepadanya atau kita melenting?


Orang kata, seorang yang menyampaikan kebaikan ini perlulah ada kekebalan dalam diri, lebih-lebih lagi apabila menegur seseorang yang lebih disanjung dek kerana harta atau rupanya.

Zikir dan fikirlah diri masing-masing. Sama-sama bermuhasabah.



Use your time wisely !

0 comments: