Pages

Feb 14, 2011

Kreatif

Assalamualaikum wbt

Hari Jumaat yang lalu, saya masuk ke kelas tahun 5 Marikh buat kali terakhir kerana bermula minggu hadapan, jadual telah berubah. Saya sudah tidak mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di kelas ini.

Murid-murid ini berpotensi dan hanya memerlukan guru-guru mengasah minda mereka supaya menjadi lebih tajam. Seronok melihat mereka bekerjasama dalam kumpulan bersungguh-sungguh menyiapkan projek model meja masing-masing. Ternyata mereka lebih kreatif daripada 'cikgunya'.

Allah dengan sifat Maha Pengasih mengurniakan kebolehan kepada hamba-hambanya. Begitu juga dengan nabi-nabi yang telah diberikan mukjizat oleh Allah.


Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril)...(Al-Baqarah 2:253)


Since pictures worth thousand words, mari kita tinjau suasana mereka bekerja dalam kumpulan.









Be creative !





0 comments: