Saya sudah lama ingin menulis tentang ini, bukan atas dasar ingin menyalahkan sesiapa, tetapi disebabkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab sesama muslim. Pertamanya suka saya menceritakan kembali pemerhatian dan pengamatan saya apabila keluar ke bandar, majlis keramaian ataiu ke mana sahaja yang memerlukan seseorang muslim especially muslimah menutup auratnya daripada pandangan ajnabi.
Situasi Pertama
Lokasi : Pusat beli belah terkemuka di Kuantan.
Saya duduk di kerusi di kawasan laluan utama dalam pasar raya itu. Sepanjang lebih kurang sejam menjalankan 'people watching', saya dapati hanya seorang sahaja muslimah yang lalu di situ memakai pakaian mengikut syariat Islam.
Sungguh menyedihkan!
Majoriti mereka mengenakan pakaian yang ketat, mengikut bentuk tubuh badan.Tidak cukup dengan itu, langsung tidak memakai tudung, dipadankan pula dengan skirt pendek.
Cantikkah begitu?
Itukah ukuran cantik dan versatile?
Up-to-date?
Situasi Kedua.
Lokasi : Di kawasan perumahan
Saya jalan-jalan di kawasan kampung dan perumahan. Muslimah lepak-lepak di hadapan rumah, sembang petang dengan jiran.
Bagus! rapatkan ukhwah.
Tapi...
Yang tak bagus, tudung tak dipakai, yang pakai tudung masih tak sempurna, tak menutup dada dan baju pula berlengan pendek.
Saya hanya menyebut astaghfirullah...mengalihkan pandangan.
Saya yang juga bergelar muslimah tidak sanggup memandang mereka.
Bagaimana pula anak-anak mereka? kalau ibu tidak menutup aurat, janganlah harapkan anak pula.
Pandang pula di belakang rumah, ada pula yang berkemban sahaja, mengangkat kain di jemuran. Murahnya maruah kamu?
Sesiapa sahaja yang lalu dapat melihat!
Jika orang memanggil kamu perempuan murahan mesti kamu marah. Melenting.
Situasi Ketiga.
Lokasi : Pantai
Ramainya orang Melayu beragama Islam beriadhah bersama keluarga.
Apabila diperhatikan, ada yang memakai pakaian mandi tanpa segan silu. Menayangkan tubuh badan di khalayak ramai.
Oh dunia!
Pantai yang Allah ciptakan tidak salah. Kamu pengguna pantai, penghuni dunia lah yang bersalah.
Berhargakah kita ya Muslimah?
YA!
Inilah jawapan yang tepat lagi padat.
Apa buktinya?
Lupakah kita bahawa Islam meletakkan kita di tempat yang tinggi, bukan seperti pada zaman Jahiliyyah, perempuan dihina, anak perempuan dibunuh hidup-hidup, ibu bapa berasa amat malu apabila mendapat anak perempuan. Semua itu telah berlalu dan terpadam dengan kedatangan Islam.
Wahai muslimah yang saya kasihi termasuk diri saya,
Aurat kita sangat berharga. Tiada gantinya dengan sesuatu pun.
Beramallah dengan suruhan dan larangan Pencipta kita.
Ingatlah kita manusia sedang lena tidur dengan mimpi indah di dunia.
Bila datang kematian, saat yang pasti dijanjikan kepada setiap daripada kita barulah kita akan terjaga.
Biarlah kita terjaga dengan ketenangan, bukan penyesalan yang tiada kesudahan dan tiada penghujung.
Dunia menangis melihat penghuninya makin tidak takutkan Allah, makin besar kepala.
Ayuh, kita bermuhasabah diri, buat semua muslimah terutama yang sudah menikah, ingatlah suami membayar mas kahwin kita dengan sekian harga. Oleh itu, hanya suamilah yang layak melihat aurat dan mahkota kita. Bukan lelaki lain di jalanan. Mereka tidak membayar apa-apa.
Pemurah kita biarlah bertempat.
Lelaki ajnabi sesekali tidak berhak melihat aurat kita.
Susahkah ingin menutup aurat?
TIDAK.
Bahkan jiwa menjadi lebih tenang dan hari-hari yang dilalui akan lebih bermakna.
Pengalaman Seorang Sahabat.
Saya mengenalinya semasa di USM. Saya telah melihat perubahannya daripada seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang menjaga auratnya.
Pertama kali melihat gambar terbarunya saya terkejut. Bukan kerana sedih tapi bersyukur.
"Alhamdulillah, dah lain sekarang. Tak rugi datang bilik saya try tudung labuh dulu." respon saya selepas melihat gambar terbarunya.
"Heheh...tu lah tak rugi..Allah yang jadikan camni. Alhamdulillah." balasnya dengan ikhlas.
"Rasa tak tenang?" saya bertanya lagi.
"Rasa sangat." jawabnya dengan nada gembira.
Itulah serba sedikit bukti yang dilalui oleh seorang yang telah merubah dirinya.
Apa kita tunggu lagi, ayuh berhijrah sekarang. Kita tiada masa lagi untuk berlengah.
Saya harapkan para pembaca tidak hanya membaca penulisan ini, tetapi AMBILLAH TINDAKAN SEWAJARNYA sesuai dengan peranan masing-masing.