Pages

May 4, 2011

Without Fail

Assalamualaikum wbt.

Pada mulanya hanya mendengar banyak kisah kehidupan yang berkisar tentang DOA YANG DIMAKBULKAN. 

Perasaan untuk mengikuti jejak langkah rakan-rakan yang berkongsi pengalaman mereka yang telah diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah untuk merasakan kemanisan kita bergantung harap hanya kepada yang Maha Memberi semakin meresap ke lubuk hati.

Apabila ujian datang bertimpa hati semakin lemah dan mencari perlindungan hanya kepada Allah.
Ketika mana tiada seorang pun yang percaya musibah yang menimpa akan kembali pulih dan tiada seorang juga yang dapat melihat bahawa sinar terang akan muncul dengan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Pencipta, kepada Allah juga segala pergantungan diserahkan.

 Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.(Al-A'raaf 7 :56)





Without fail,

Berdoalah kepada Allah, Tuhan yang selayaknya kita bergantung harap, insyaAllah akan dimudahkan jalan yang terasa sangat berat dan berliku-liku.

Akan terbuka lorong-lorong yang selama ini tertutup dan jalan yang jauh akan menjadi dekat. Perjalanan yang mengambil masa yang lama terasa singkat.

Sinar cahaya yang dicari selama ini akan ditemui dengan izin Yang Maha Berkuasa.


AND

The Most Important Is... ISTIQAMAH.


Without fail...I Thank to Allah

0 comments: