Pages

May 22, 2011

Memberi Makan

Assalamualaikum wbt.

Biasanya apakah yang dilakukan oleh kebanyakan kita pada hari ini selepas solat Subuh?

Ada yang menarik semula selimut untuk menyambung tidur dan pelbagai aktiviti seharian yang lain.

Namun, tahukah kita apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW selepas solat Subuh???

Mari kita hayati kisah di bawah.
Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertanya kepada anaknya Aishah r.a,
'Adakah lagi yang tidak aku lakukan tetapi dilakukan oleh Rasulullah SAW?

 Jawab Aishah r.a, "Ada. Sesungguhnya Rasulullah SAW selepas solat Subuh pergi ke pasar mencari orang miskin untuk memberi makan kepada mereka."

Mendengarkan penjelasan Aishah r.a itu Saidina Abu Bakar terkejut lalu terus meluru ke dapur untuk mengambil seguni roti.
Kemudian beliau memikul guni itu menuju ke pasar. Sesampainya di sana, beliau terlihat seorang Yahudi yang buta lalu mendekatinya.

Beliau kemudian mengoyakkan roti itu lalu menyuruh Yahudi tersebut membuka mulutnya, mengunyah dan menelan.

Orang Yahudi tersebut bertanya, Siapakah kamu sebenarnya?

Saidina Abu Bakar r.a menjawab, "Aku dahulu orang yang memberi makan kepadamu."
Belum sempat lagi beliau menelan dengan sempurna, Saidina Abu Bakar r.a mengulangi perkara yang sama. Disuruhnya membuka mulut, mengunyah dan menelan roti yang lain pula.

Kemudian Yahudi tersebut bertanya lagi, Siapakah kamu sebenarnya?

Saidina Abu Bakar r.a menjawab, "Aku dahulu orang yang memberi makan kepadamu."
Semasa kali ketiga Saidina Abu Bakar r.a ingin menyuap roti kepada Yahudi tersebut, orang itu tidak membuka mulut. Namun dia tetap mengulangi soalan yang sama,

"Siapakah kamu sebenarnya?"

Saidina Abu Bakar r.a menjawab, "Aku dahulu orang yang memberi makan kepadamu."

Dia menjawab, "Tidak. orang yang memberi makan kepadaku dahulu tidak begini. Dia mencubit roti lalu merendamnya ke dalam air sebelum menyuap ke mulutku. Semasa roti tersebut berada di dalam mulutku, aku sempat merasa kesedapan dan aroma roti tersebut."

Saidina Abu Bakar r.a sangat terkejut mendengar penjelasan tersebut. Subhanallah !!!
Sungguh indah akhlak Rasulullah SAW. 

Kemudian beliau berkata, "Ya, aku bernama Abu Bakr, dan orang yang memberi makan kepadamu dahulu ialah Muhammad bin Abdullah. Baginda telah wafat"

Orang Yahudi tersebut terperanjat lalu berkata, "Jika begitu celakalah aku, akulah orang yang selalu memburukkan Muhammad tiap kali bertemu dengan orang di pasar, namun Muhammad yang telah memberi makan kepadaku!" 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW yang patut kita contohi. Akhlak mulia yang tiada tandingan.
Jika hari ini kita sukar untuk bertemu dengan orang miskin, berilah makan kepada haiwan peliharaan seperti kucing, ayam dan itik. Usah terkejut andai kucing yang lapar itu akan menolong kita di akhirat kelak dengan izin Allah SWT.

  Ayuh Kita Contohi Akhlak Rasulullah SAW

0 comments: