Pages

Jun 30, 2011

Nikmat Sihat

Assalamualaikum wbt.

Hari ini pulang dari sekolah dengan seorang kakak.

Kami borak-borak dalam perjalanan. Berkisar tentang kehidupan, ujian kesenangan dan kesusahan.

Nikmat yang paling berharga tapi ramai orang yang tak sedar ialah NIKMAT SIHAT.

Masa datang ujian sakit, barulah terasa sangat besarnya nikmat sihat.
Semua yang biasa dilakukan tidak dapat lagi untuk dilakukan seperti biasa.

Ingin keluar mencari rezeki juga memerlukan kesihatan yang baik. Semua kerja tidak menjadi jika kita sakit.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesihatan dan waktu lapang”.

(HR. Bukhari, no: 5933)

Sementara sihat, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah.

Bestkan masa sihat?








Jun 28, 2011

Jabal Uhud

Assalamualaikum wbt.






Jun 27, 2011

Selamat Berjuang

Assalamualaikum wbt.


Ucapan khas untuk 

Fazilah 

Selamat kembali menyambung pelajaran
di Australia

InsyaAllah pulang dengan kejayaan
sedikit masa lagi

Bagai sirih pulang ke gagang

p/s : maaf sangat tak sempat berjumpa, dengan izin Allah kita bertemu akan datang.

~cik fazilah~

Jun 25, 2011

Rasa Bersalah

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya dan rakan ke kedai barangan perkahwinan membeli barang untuk perhiasan khemah hari sukan sekolah.

Layanan yang diberikan amat memuaskan. Sedang asyik pekerja tersebut mencari barang yang kami minta, dia terlanggar pasu dibelakangnya.

Saya menjenguk ke lantai di sebalik deretan reben yang dijual mengikut meter.

Ya Allah.. pasu  itu pecah.

Tuan kedai menjerit dari kaunter pembayaran.
Kasihan kami melihat pekerja tersebut.
Rupa-rupanya pasu itu kepunyaan seorang pelanggan yang mengupah kedai tersebut untuk menggubah bunga.
Bunga sudah siap digubah.

maafkan saya
maafkan saya

Rasa bersalah pada kamu!
Sungguh saya masih memikirkannya sehingga saat ini.

Jun 24, 2011

Tambah Rezeki Dengan Berkahwin

Assalamualaikum wbt.





Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya.
Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.
Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.
Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.


Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.


Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'

Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

- Artikel iluvislam.com

Jun 21, 2011

Setiap Ruas Tulang

Assalamualaikum wbt.

Dari Abu Hurairah r.a berkata :

"Setiap ruas tulang manusia harus disedekahi setiap hari selama matahari masih terbit. Mendamaikan dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, menolong orang hingga ia dapat naik kenderaan atau mengangkatkan barang bawaan ke atasnya merupakan sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah kaki yang engkau ayunkan menuju ke masjid adalah sedekah dan menyingkirkan aral dari jalan juga merupakan sedekah."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Minggu lepas, ustaz telah menerangkan tentang hadith di atas. Saya masih ingat ketika itu, saya fikirkan seronoknya jika dapat menolong seseorang untuk menaikkan barang ke kenderaan. Entah mengapa saya bayangkan diri mengangkat barang ke atas unta. Walaupun realitinya tidak pernah melihat unta secara live.

Namun saya berkata-kata di dalam hati supaya dapat membantu seseorang yang dalam kesusahan untuk mengangkat barangnya ke kenderaan moden hari ini.

Tadi,

Saya berjalan pantas menuju ke stesen bas usai menghadiri sebuah bengkel.

Tiba-tiba....

"Dik, nak gi stesen bas ke?"sapa seorang makcik.

"A'ah, ye nak gi stesen bas", jawab saya sambil menoleh ke arahnya.

"Boleh tolong angkat ni tak? makcik nak pimpin anak makcik ni kesian dia sakit kaki", balas makcik itu sambil menunjukkan ke arah anaknya.

"Boleh makcik, meh saya bawak ni." giliran saya bercakap.

Semasa saya mencapai tiga beg plastik di tangannya, terdetik dalam hati, boleh tahan berat plastik ni, ada susu tepung 3-4 bungkus, pampers dan ada satu lagi beg plastik berisi barangan dapur lain.

Kesian sungguh makcik ni. Rupa-rupanya anak itu cacat sejak lahir.

Saya berjalan beriringan dengannya hingga ke atas bas yang menuju ke Nenasi.

Dengan lemah lembut, makcik mengucapkan terima kasih kepada saya dan saya membalas ucapannya dan tersenyum.

Kemudian saya turun dari bas dan bertukar haluan ke bas sebelah.

Terasa begitu tenang.

Alhamdulillah, saya dapat mempraktikkan sebahagian daripada ruas tulang saya untuk bersedekah.

Terima kasih Ya Allah. Engkau pertemukan dengan perkara bermain di fikiran semasa minggu lalu.

Saya sungguh gembira hari ini dan dapat bermuhasabah diri supaya mengingati waktu susah.

Usah bimbang jika tidak berharta, Allah mengira setiap ruas tulang kita sebagai sedekah.

Ayuh Bersedekah Dengan Setiap Ruas Tulang!


Jun 20, 2011

Haramkah

Assalamualaikum wbt.





Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin hatiku aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

By: Melly Goeslow

Jun 17, 2011

Cabaran Dalam Beribadat

Assalamualaikum wbt.


Imam Ghazali menyatakan :


Kami dapati kesulitan dan kesukaran ibadat itu amat sangat. Sebatang jalan yang payah, laluan yang sulit, banyak jalan dakian bukit yang sangat sukar dilalui, jauh jaraknya, besar bahayanya, banyak halangan dan rintangan, dilingkungi oleh tempat-tempat merbahaya dan kawasan yang terputus hubungan serta ramai musuh, sedikit pembantu dan pengikut. 

Ini kerana manusia adalah insan yang lemah. Manakala masa yang dilalui oleh manusia dirasakan terlalu sempit terutama jika berhadapan dengan urusan agama. 

Urusan kerja yang banyak menjadikan manusia sentiasa cuai dalam melaksanakan ibadat kepada Allah swt.   Manusia amat lemah, masa yang dilaluinya sukar, urusan agama diabaikan, masa lapang sedikit, kesibukan dengan kerja yang banyak, umur pendek dan mengerjakan amal dengan cuai.


**********************************************
Wahai diri.........
Terlalu sibuk dengan dunia....
Membaca kata-kata Imam Ghazali membuatkan hati berulang-ulang kali memikirkan dan membanding
keadaan yang dinyatakan dengan diri sendiri....

Saya perlu memperbaik diri.

Jun 15, 2011

Rezeki

Assalamualaikum wbt.


Kadangkala kita melihat ke atas, ramai orang lain yang lebih kaya, lebih bahagia, lebih sihat dan sebagainya. 

Rezeki itu milik Allah.

Tanggungjawab kita hanya mencari dengan jalan yang HALAL dan hanya Allah yang menentukan qadarnya.

Allah berkuasa menentukan sesiapa yang berhak atau lebih baik diberikan rezeki dahulu dan sesiapa yang lebih baik Allah menyekat sementara rezekinya.


       Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah     engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Taha 20:132)

Oleh sebab itu,

Masih bimbang dan ragu dengan Kekuasaan Allah memberi rezeki?

Sama-samalah kita menghitung diri.

Sejauh manakah KEYAKINAN KITA KEPADA PENCIPTA KITA?

 Allah swt bertanya kepada kita di dalam al-quran supaya kita berfikir.

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ". (An-Naml 27:64)

Jika manusia yang membuat rezeki, pastinya semua berkehendak kepada yang baik-baik.
Namun,
Kenapa ada yang masih hidup susah?
Itulah tandanya Allah yang memberi rezeki.

Pakar jantung mati kerana serangan jantung.
Jika difikirkan, mestilah pakar jantung tidak mati kerana serangan jantung.
Itu maknanya Allah yang menentukan segalanya.

Study study dan study 'gila kentang', tiba tiba result keluar, kecewa. 
Result tidak sebaik mereka yang study main-main.
Ingatlah, rezeki milik Allah.

Teruskan tersenyum dan berhenti memikirkan kehendak Allah.
Tabahkan hati.
Hadapi dengan tenang segala yang telah diberikan oleh Allah.
Pastinya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik.

Jun 14, 2011

Tak Bisa Kau Ungkapkan

Assalamualaikum wbt.


Terburu-buru keluar gate sekolah.

 Masa sampai di jambatan berhampiran sekolah,
segera memperlahan kenderaan.

Sebab nampak dari jauh kelibat seorang ibu dan 3 anak berjalan sambil membawa 
pancing dan umpan.

Tertanya-tanya juga siapakah mereka.

gulp!
Anak murid sendiri.
Panas matahari terik ni,
rupa-rupanya selepas pulang dari sekolah,
kamu pergi mencari sesuatu untuk santapan keluarga.

Tabahnya kamu...

 Hari ini sekali lagi hati cikgu tersentuh.
 Cikgu berdoa kamu pulang dengan hasil yang lumayan. 

Rajin-rajin belajar..
Moga kamu berjaya mengubah nasib keluarga suatu hari nanti.
Tiada balasan yang cikgu harapkan
Cukuplah melihat kamu berjaya.

Ya Allah kurniakan hidayah kepada murid-muridku.
Sesungguhnya hidayah itu hanya milikMu.






Jun 12, 2011

Bagaimanakah Suratku Nanti?

Assalamualaikum wbt.


Bersediakah membaca sendiri segala catatan amal yang akan diperlihatkan kepada kita?

Baik dan buruk semuanya tercatat tanpa tertinggal satu pun.

Malah yang sudah kita lupakan.

Tercatat setiap saat dan detik sepanjang kehidupan di negeri sementara ini.



 Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (Al-Israa' 17:13) 


(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)". (Al-Israa' 17:14)


Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Al-Israa' 17:15) 



Jun 11, 2011

Pelbagai Tafsiran

Assalamualaikum wbt.


Jom tengok gambar di atas
Apa ye atas treler tu?

Sekali pandang macam mesin ABC

Pandang lagi ada gaya blender pulak....

Hebatnya otak ni.

Walaupun kedua- duanya bukan.

Sebab tu lah dalam kelas kalau 40 orang murid,

40 tafsiran otak.

Kalau buat karangan, tak de sorang pun murid yang sama sebijik karangan dengan yang lain.

Kalau tulisan pulak, tak de tulisan yang sebijik sama, mesti ada beza walapun macam nak sama.

Kagum!


Jun 10, 2011

Transformasi

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya dengan semangat baru.

Kamu telah mengajak saya mentransform diri.

Jutaan terima kasih kepada kamu.

Insyaallah menjadi temanku dunia dan akhirat.

Harap-harap kamu juga cekal melunaskan segala tugasan yang diberikan.

Ingin melangkah terus bersama kamu sebagai peneman.

Kamu lah TEMAN SEJATI.



Jun 9, 2011

How To Be A Good Listener



Learn to listen by using lots of eye contact: 
Let the speaker know that you are interested in what is being said 

Be slow to speak: 
Sometimes, people speak to think out loud. Sometimes, all they really want is a shoulder to lean on and a willing ear to listen. By being slow to speak, you are allowing the speaker to work out or solve problems themselves. Also, one must think before he/she speaks  

Keep the secret:
People trust you with information because they believe that you will not gossip and spread slander. Keep their trust by keeping things private; between the two of you

Be Attentive:
Learn to actively listen. Let the speaker know that you are actually listening, although you are not speaking, by saying things like, "yeah, hmmm, I know, that's true, okay, that makes sense," and so forth. This shows that you are in tune with what they are saying and also following what they are saying

Show Gratitude:
Let the speaker know that you feel honored that they were able to open up to you. If nothing personal was said, than let the speaker know that you had a great time listening and that you learned a lot. In a society that forgets to show gratitude, a simple use of kind words, can make someone's day a little brighter. Showing kindness and appreciation will also help you with the interviewer

Stay in Tune:
Do not simply disappear in the middle of any conversation because your mind wandered. Whether you actually get up and walk away or let your mind wander elsewhere, it is just being plain rude. If you find that your attention span is small, actively repeat what is being said to you as the speaker is speaking


Raining Cats And Dogs

Assalamualaikum wbt.

Hujan lebat di luar.
Kalau hujan tu Allah turunkan macam kita tuangkan air daripada gayung, 

Tak ke hancur semua bangunan kat dunia ni?

Tak ke orang yang dalam kenderaan terperangkap dalam kenderaan yang kemek?

        Tak ke pokok-pokok semua tumbang?

Diibaratkan laut yang tergantung di atas.

Tu lah sebabnya Allah jadikan hujan dalam bentuk titisan.

Hebat!


A Fetus Prostrates To God

Assalamualaikum wbt.

 


He created you (all) from a single person: then created, of like nature, his mate; and he sent down for you eight head of cattle in pairs: He makes you, in the wombs of your mothers, in stages, one after another, in three veils of darkness. such is Allah, your Lord and Cherisher: to Him belongs (all) dominion. There is no god but He: then how are ye turned away (from your true Centre)? (Az-Zumar 39:6)

Right or Wrong?

Assalamualaikum wbt.
   

Minggu lalu saya ke Terengganu menghadiri walimah. Saya singgah di sebuah masjid menunaikan solat Zohor dan Asar.

Dari jauh saya melihat board di bawah. Perkataan TAHNIAH menarik perhatian saya untuk membaca keseluruhan board.

Sejuk hati membaca TAHNIAH !!! KERANA ANDA BERUSAHA MENDIDIK ANAK-ANAK DATANG BERJEMAAH DI MASJID.

But,

Sorry to say... saya kurang bersetuju dengan ayat seterusnya, dapat mengawal anak-anak daripada membuat bising, menangis dan berlari-lari di dalam masjid ketika jemaah sedang beribadat/ bersembahyang.

Bukanlah bermakna saya galakkan pembaca menyuruh anak-anak berbuat bising, berlari dan menangis di dalam masjid.

Namun tarbiyah anak-anak amat penting pada umur kanak-kanak. Bawalah anak-anak ke masjid. Biar mereka tahu apa itu solat berjemaah , apa itu rukuk dan sujud, apa itu masjid.

Faham tak kenapa tak perlu berkeras dengan kanak-kanak?

Saya tak faham dengan pengurusan sesetengah masjid.

Saya sejak kecil dibawa oleh ibu bapa saya ke masjid. Takkanlah sudah besar panjang, hati sudah keras, rebung dah jadi buluh baru nak ajar pergi masjid.
Faham? kalau faham alhamdulillah.

Biasalah kanak-kanak berbuat bising sedikit, bukannya patung yang boleh duduk diam.

Realiti yang terjadi hari ini. 

Ada pakcik makcik yang menjeling kanak-kanak yang bising sampai nak terkeluar bijik mata. Ada pula yang mengherdik kanak-kanak. Mungkin mereka terlupa yang mereka sedang bercakap dengan seorang yang lebih mulia daripada mereka. Kanak-kanak itu lebih mulia daripada anda kerana mereka masih suci tiada dosa.

Suatu peristiwa yang diceritakan, adik saya yang berumur 8 tahun ketika itu solat di sebelah ummi saya. Ketika itu tiada jemaah lain yang lebih dewasa. Kemudian, ketika sedang solat, seorang makcik masuk ke dalam saf di sebelah adik. Usai solat dia memarahi adik saya kerana solat di saf orang dewasa.

Apa salahnya?

Saya tak faham.










Jun 8, 2011

Pasar

Assalamualaikum wbt.

 Lokasi : Pengkalan Ikan di Kuantan

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.(Al-Maidah 5:96)

Bawalah anak-anak berjalan di pasar sambil terutama musim-musim cuti sekolah begini. Berjalan sambil mendidik anak-anak, mengajar anak-anak tentang kebesaran Allah supaya anak-anak mengetahui dan beriman bahawa Allah lah Tuhan yang memberi rezeki kepada manusia.

Pergi ke pasar bukan sahaja melihat ikan besar dan kecil tetapi yang lebih penting memberitahu anak-anak siapakah Yang Mencipta semua ikan besar dan kecil itu?

 
Pentingnya pendidikan anak-anak melalui pemerhatian. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah lebih banyak belajar melalui pemerhatian berbanding sesuatu yang disampaikan secara abstrak atau perkataan sahaja.

To all parents, teruslah menjadi ibu bapa yang bijak memilih sesuatu yang bermanfaat. 

You yourself choose the best way to educate your kids.


 

 

Jun 4, 2011

Judge A Book By Its Cover

Assalamualaikum wbt.

Duduk berehat petang tadi saya terfikir, sejauh manakah betulnya kita tidak boleh menilai seseorang dengan luarannya sahaja.

Bayangkan kita ke kedai buku.Sememangnya betul kadangkala hendak memilih buku, lihat dari luaran, kulit nampak membosankan. Namun isi di dalamnya penuh makna apatah lagi kalau buku-buku lama yang sudah kelihatan usang.

Tapi jika saya terdengar orang berkata,"Aku ni nampak je jahat, seksi camni tapi hati baik".

Perasaan antara mahu menerima atau pun tidak pengakuan yang diberikan bercampur-baur.

Hati bersoal semula, kalau dia mengaku yang hatinya baik, mengapa sanggup melanggar suruhan Allah?
Beraninya dia dengan Sang Pencipta.

Jika masuk masjid boleh pakai tudung, kenapa di luar masjid tak boleh?
Sedangkan Tuhan yang sama disembah di dalam masjid dan Tuhan yang sama juga disembah di luar masjid.

Kalau pergi kerja pula, sanggup berhias biar nampak menyerlah, nanti bos pun sayang, kenapa masa solat pula lebih kurang sahaja berhias. Kebersihan pun dijaga ala kadar sahaja.
Sedangkan masa solat nak menghadap bos yang Maha Besar?


Orang yang tidak melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya serta telah zahir dilihat oleh kita, adakah kita boleh katakan dia seorang yang baik?


Diumpamakan kita mahu membeli handphone, semestinya kita melihat dahulu rupa handphone tersebut, jika sudah nampak kecacatan di sana sini, kita tidak akan membelinya walaupun penjual tersebut menyatakan bahawa handphone tersebut adalah yang terbaru dan kita lah pemilik pertama.

Segala perbuatan kita, hendaklah dizahirkan dengan perbuatan kerana Islam adalah agama yang syumul. Iman terhasil dengan 3 perkara iaitu :

 ~ membenarkan di dalam hati
~ menyatakan dengan lidah
~ menzahirkan dengan perbuatan

Jika membenarkan sahaja dalam hati dan menyatakan dengan lidah, tetapi tidak dizahirkan dengan perbuatan, sesungguhnya iman kita belum sempurna dan belum dikatakan sudah beriman.






Kesimpulannya,

We Should Judge A Book By Its Cover In Certain Cases!
 

Jun 2, 2011

Masa

Assalamualaikum wbt



Nabi saw telah bersabda yang bermaksud :

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". 

H.R.Termizi