Pages

Jun 9, 2011

Right or Wrong?

Assalamualaikum wbt.
   

Minggu lalu saya ke Terengganu menghadiri walimah. Saya singgah di sebuah masjid menunaikan solat Zohor dan Asar.

Dari jauh saya melihat board di bawah. Perkataan TAHNIAH menarik perhatian saya untuk membaca keseluruhan board.

Sejuk hati membaca TAHNIAH !!! KERANA ANDA BERUSAHA MENDIDIK ANAK-ANAK DATANG BERJEMAAH DI MASJID.

But,

Sorry to say... saya kurang bersetuju dengan ayat seterusnya, dapat mengawal anak-anak daripada membuat bising, menangis dan berlari-lari di dalam masjid ketika jemaah sedang beribadat/ bersembahyang.

Bukanlah bermakna saya galakkan pembaca menyuruh anak-anak berbuat bising, berlari dan menangis di dalam masjid.

Namun tarbiyah anak-anak amat penting pada umur kanak-kanak. Bawalah anak-anak ke masjid. Biar mereka tahu apa itu solat berjemaah , apa itu rukuk dan sujud, apa itu masjid.

Faham tak kenapa tak perlu berkeras dengan kanak-kanak?

Saya tak faham dengan pengurusan sesetengah masjid.

Saya sejak kecil dibawa oleh ibu bapa saya ke masjid. Takkanlah sudah besar panjang, hati sudah keras, rebung dah jadi buluh baru nak ajar pergi masjid.
Faham? kalau faham alhamdulillah.

Biasalah kanak-kanak berbuat bising sedikit, bukannya patung yang boleh duduk diam.

Realiti yang terjadi hari ini. 

Ada pakcik makcik yang menjeling kanak-kanak yang bising sampai nak terkeluar bijik mata. Ada pula yang mengherdik kanak-kanak. Mungkin mereka terlupa yang mereka sedang bercakap dengan seorang yang lebih mulia daripada mereka. Kanak-kanak itu lebih mulia daripada anda kerana mereka masih suci tiada dosa.

Suatu peristiwa yang diceritakan, adik saya yang berumur 8 tahun ketika itu solat di sebelah ummi saya. Ketika itu tiada jemaah lain yang lebih dewasa. Kemudian, ketika sedang solat, seorang makcik masuk ke dalam saf di sebelah adik. Usai solat dia memarahi adik saya kerana solat di saf orang dewasa.

Apa salahnya?

Saya tak faham.










0 comments: