Pages

Jan 13, 2012

Hebatnya Pencipta Otak

Assalamualaikum wbt.



Tiap kali nak lintas jalan, hebatnya otak ni boleh anggar jarak kenderaan. Boleh la kita lintas jalan dengan selamat sebab otak dah bagi signal yang jarak tu selamat untuk kita lintas dengan jangka masa kita melintas.
Tak lah kita dilanggar kenderaan. Subhanallah!

Tiap kali nak lintas longkang pulak, hebatnya otak ni boleh anggar lebar longkang. Dapatlah kita melangkah dengan selamat. Tak terjatuh dalam longkang. Subhanallah!

Tiap kali nak turun naik tangga, hebatnya otak ni boleh anggar tepat luas tangga. Kalau tak, kita dah tergolek jatuh tangga. Dapatlah kita melangkah naik turun tangga tanpa kecederaan. Subhanallah!

Tiap kali nak sambut bola, hebatnya otak ni boleh baca bola ni nak jatuh kat mana. Kalau tak, memang tak dapat nak sambut bola dengan tepat. Subhanallah!

Tiap kali nak guna pisau, nak potong sesuatu, otak pun bagi signal yang cara kita pegang makanan tu selamat dan tak lah tangan kita luka terkena pisau. Subhanallah!

Tiap kali nak turun dari katil pulak, otak pun anggar dengan tepat jarak lantai dengan katil kita. Tak lah kita terjatuh dari katil. Subhanallah!

Tiap kali nak menyuap makanan, otak pun menganggar jarak dengan tepat, dapatlah makanan tu disuap ke mulut dengan baik, tak tertumpah ke lantai. Subhanallah!

Tiap kali nak membaca atau mengaji, otak pun cepat menggabungkan tiap huruf yang dilihat menjadi perkataan, jadi tak lah kita terhenti-henti ketika membaca. Tak lah kita bosan membaca tersekat-sekat. Subhanallah!

DAN YANG PALING PENTING.
SIAPAKAH YANG MENCIPTA OTAK?
OTAK TIDAK TERCIPTA SENDIRI.


TUHAN KITA YANG ESA
ALLAH LAH YANG MENCIPTANYA!

1 comments: