Pages

Jan 10, 2012

Tak Terbayar Nikmat Sihat

Assalamualaikum wbt.

Hampir setiap hari juga sejak akhir-akhir ini, 'SIHAT & SAKIT' menjadi topik perbualan saya dan 'kakak-kakak' di sekolah dan semasa journey kami ke sekolah yang mengambil masa yang lama.

Rupanya, setiap daripada mereka mempunyai pengalaman tersendiri tentang menjaga keluarga atau orang yang sakit atau diri mereka sendiri yang sakit termasuk saya.

Bila saya amati cerita mereka satu persatu, hayati dengan penuh empathy, terasa sangat yang nikmat sihat ni sangat-sangat berharga. Memang tak dapat kalau nak dibanding dengan harta dan kekayaan.

Kita sebagai Hamba Allah, kalau tak bersyukur dengan nikmat sihat ni, terasa sangatlah tak patut, sangatlah rugi.

Bila diri sendiri yang sakit, memang nampak sangat kebenaran tentang hadith Nabi saw,

Daripada Abdullah Ibn Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, 
Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. 
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Kalau dah sakit, macam-macam tak boleh nak dibuat. Banyak sangat kerja yang tertangguh, ditambah pula melibatkan keluarga untuk menjaga mereka yang sakit.

Berapa banyak cuti yang terpaksa diambil, ditambah pula dengan tenaga, wang dan masa keluarga terdekat yang terpaksa dikorbankan demi menjaga kita yang sakit.

Sungguh, saya tak mampu untuk berjanji mengganti semua pengorbanan keluarga yang langsung tak berkira, kawan-kawan yang sentiasa bertanya khabar, memberi kata-kata semangat, dan paling penting doa mereka yang tak putus-putus menjadikan kita yang sakit berasa kuat untuk meneruskan hidup.

Antara pengalaman mereka yang bercerita, ada yang menangguh tarikh pernikahan kerana menjaga keluarga yang sakit. Subhanalllah. Sungguh. Dia anak yang solehah. Dalam diam saya amat mengagumi kesabarannya. Tika dia rancak bercerita bagaimana dia memberi makan, menjaga segala segi kebajikan orang yang sakit ketika itu. Berulang-alik merentasi negeri yang berlainan. Saya bandingkan dengan diri sendiri. Saya juga tidak pasti adakah saya sekuat dia. Adakah saya tabah sepertinya. Adakah saya boleh menahan sabar.

Pernah juga saya pulang dari sekolah. Kebetulan sakit datang menjengah ketika itu. Saya tak dapat menyembunyikannya. Ada urusan penting yang memerlukan saya ke bandar. Betapa abah menawarkan diri untuk drive, mungkin abah kesian melihat saya terhincut-hincut. Saya menangis dalam hati, terasa begitu menyusahkan abah, mengambil masa rehat abah. Abah menunggu dengan sabar sehingga setiap urusan saya diselesaikan. Saya tak mampu membayarnya. Allah saja yang dapat membalasnya. Emosi Sungguh!.

Pasti ada hikmah disebalik setiap nikmat.

Allah menjadikan nikmat sihat dan sakit supaya kita menilai dan menghargai segala nikmat yang telah diberi. Supaya kita menghargai orang sekeliling, betapa kita saling memerlukan.

Sesungguhnya nikmat SIHAT, tidak selamanya. Pergunakanlah dengan sebaiknya. Tiba masanya Allah ambil kembali, tiada siapa yang dapat menahan.

Nikmat sihat, tiada harga yang dapat dibayar!

5 comments:

NadiaH NaDya @ ナディア said...

betul...bila sakit baru terasa nikmat sihat. saya pun sedang sakit ni...sakit kaki...mcm mana mau pegi sekolah ni cik mila?

~kamilah~ said...

ya allah..sakit macam mana? saya mengurut skarang..alhamdulillah bole tahan...ada benda bole jadikan panduan pasal sakit kaki ni..nt mesej..

ajak said...

asalam ... salam kenal ... saya new bie ... izin kan saya untuk follow awak ... sudilah kira nyerr menjadik follower saya plakk ...tq.

ajak said...

asalam ... tima kasih dah follow ...tq.

Hilmiah@amy said...

moga kamu sume tabah hadapi ujian sakit ini..