Pages

Apr 29, 2012

"Siti"

Assalamualaikum wbt.

Sewaktu sekolah agama masa lower form, ada seorang ustaz baru balik dari Timur Tengah. Beliau balik dari sana dan mengajar di sekolah saya.

Penolong kelas saya waktu tu, memanglah seorang yang sangat peramah, suka buat lawak, dan sangat rajin study walaupun bertemankan lampu koridor yang samar-samar dari luar bilik.

Apa kaitan penolong kelas saya ni?

Satu hari ketika berjalan ke kelas prep, ketika masih hangat lagi perbualan tentang ustaz yang baru di sekolah tu, penolong kelas saya terserempak dengan ustaz.

Ustaz pun memanggilnya, "Siti, tolong bagi tahu student len kelas KKQ ada minggu ni."

Saya di kelas waktu tu.

Tiba-tiba...

Penolong kelas masuk dengan senyum melebar, selepas bagi salam terus menuju ke mejanya yang selang satu meja di hadapanku. Dia duduk memandang kami semua(perempuan) yang duduk bahagian belakang dalam kelas. Kebetulan pula pelajar lelaki waktu tu belum sampai ke kelas sebab ada perhimpunan pagi di aspura yang habis lewat.

"Korang nak tahu tak?" dia bersuara memecah kesunyian kelas kami.

"Apa dia Zila?" sambut Husna yang duduk belakang sekali dalam kelas.

"Tadi jumpa ustaz @@@@@, dia pakai jubah yang lengan pendek, belang2 macam orang balik Mekah tu.. pastu aku lalu tiba-tiba dia panggil aku Siti nak bagi tahu ada kelas KKQ. Kembang aku dia tahu nama aku Siti."

Kami satu kelas ketawa tak tertahan.

"Wah, kembang Zila" sampuk Siah yang juga pencetus keriangan kat kelas tu. Tapi saya mengaguminya sebab sangat cerdik!..

Beberapa hari kemuadian...

Zila sekali lagi bersuara dalam kelas, "Korang, ada benda lawak ni."

Kami yang perempuan serentak berhenti study dan memandang ke arahnya.

Zila yang nak bercerita juga turut ketawa seakan-akan tak mampu nak mulakan cerita. Akhirnya mula bercerita,"Aku cerita dengan akak form 4 bilik aku yang pasal ustaz tahu nama aku tu. Korang tahu tak, dia cakap, kalau ustaz tu la, semua budak perempuan dia panggil Siti kalau dia tak tahu nama."

Kami pun ketawa sakan dengar cerita Zila.

Alahai, Zila cakap mungkin dia ikut cara orang Arab ke apa, perempuan suma panggil Siti..(kami pun tak pasti).

Hinggakan saat ini, saya masih boleh ingat dengan jelas peristiwa tu, kelakar pun ada. Kenangan masa sekolah ada yang tak boleh kita lupakan walaupun dah dekat 10 tahun tinggalkan saat tu.

Pentingnya kita tahu nama murid kita. Pentingnya kita tahu nama orang sekeliling kita.

Lagi penting kalau kita cikgu. Apa perasaan anak murid kalau kita panggil dia dengan nama orang lain. Terasa hati kecil dia.

Terkenangkan zaman sekolah....


Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Segalanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasamu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatanku
"You're my lovely school, I love you, I miss you"







Apr 27, 2012

Adab Penuntut Ilmu

Assalamualaikum wbt.


Terdapat sebelas adab seorang penuntut ilmu yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah. Ia adalah seperti berikut :


  1.  Apabila bertemu guru, mendahului dengan memberi salam.
  2. Jangan banyak berkata-kata di hadapan guru. (bercakap-cakap ketika guru mengajar).
  3. Jangan berkata-kata sesuatu tanpa izin guru.
  4. Jangan bertanya kepada guru melainkan telah mendapat izin daripada guru.
  5. Jangan menyangkal perkataan gurunya itu dengan katanya si fulan menyalahi apa yang engkau kata.
  6. Jangan memberi isyarat kepada guru untuk menyalahi bicaranya dan menyebabkan guru bersangka bahawa kamu lebih pandai daripadanya kerana ia kurang adab dan kurang berkatnya.
  7. Jangan berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk di hadapan guru (rakan seperjuangan).
  8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan guru, tetapi hendaklah duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia dalam sembahyang.
  9. Jangan membanyakkan pertanyaan kepada gurunya tatkala guru letih.
  10. Apabila guru berdiri, atau baru sampai, hendaklah dia berdiri untuk mentakzimkan guru dan jangan diikuti dengan pertanyaan ketika guru berdiri hingga sampai guru ke tempat duduknya melainkan kerana darurat, ia tidak ditegah.
  11. Jangan bersangka buruk dengan kepada guru yang menyalahi pada pendapat atau pengetahuannya kerana gurunya itu terlebih tahu akan segala hukum syarak dan segala rahsia syariat.

Sampaikan pada rakan-rakan, anak-anak, murid-murid, dan sesiapa sahaja yang bergelar penuntut ilmu. Insya Allah dengan menjaga adab-adab seorang penuntut ilmu, ilmu yang diperoleh akan lebih berkat serta bermanfaat.

 To be continued....'Adab Orang Yang Alim'....insya Allah...








Apr 23, 2012

Keberkatan Umur

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi, melangkah longlai keluar dari bilik doktor. Dada terasa sesak. Terus menuju ke kereta. Termenung lama di situ. Bergenang air mata tak tertahan.

Ya Allah, Allah tak akan menguji seseorang di luar batasan kemampuannya.
 Menenangkan fikiran.

Terima sms daripada ustazah. Terima kasih atas kata-kata semangat. Sekurang-kurangnya saya ingat. Ingat yang Allah uji sebab Allah sayang. Tak perlu kita persoalkan,"kenapa?". Tak perlu tanya,"why me?".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
(At-Taubah 9:51)
google image
Kawan-kawan, mari kita beramal soleh selagi ada kesempatan, kesihatan dan kelapangan.
Kerana, kita tak tahu bila Allah akan tarik semua itu. Mungkin tanpa kita sedari atau kita sedari tapi mungkin kita sudah tiada daya lagi waktu itu.
Sebenarnya banyak yang nak dicoret, tapi entah mengapa, tak mampu untuk meneruskan kalam saat ini.
Ma'asalam. 


Ya Allah, kurniakanlah kami umur yang berkat.


Nota bawah : Lusa - physio.

















Apr 19, 2012

Kerana Allah Aku Menikahimu

Assalamualaikum wbt.




"Bernikah", ungkapan ini sangat dahsyat sekali pada pendengaran kita. Bagi yang belum bernikah, ungkapan ini seperti pukulan di siang hari benar. Memanggilkan ritma mimpi yang dahulu dan sejak dahulu sudah diangankan. Mendamba seorang gadis atau jejaka idaman. Berharap agar segera dipertemukan dengannya.


Tetapi bagi mereka yang telah bernikah,ungkapan bernikah boleh jadi adalah kata-kata yang indah di memori sahaja. Kerana mungkin sekarang tidak lagi mengecap keindahannya dan terbuang begitu sahaja. Mimpinya dahulu sangat berbeza dengan apa yang dialami setelah bernikah. Hidupnya bergolak dan menjalani rutin harian tanpa cinta dan kasih sayang.


Ini tidak seharusnya terjadi! Pernikahan perlu diseimbangkan antara harapan dan kenyataan. Harapan yang melambung harus didaratkan dengan akibat dan risiko yang akan dihadapi oleh setiap pasangan.

Sedangkan realitinya haruslah dididik agar menjadi kenyataan. Tetapi adakah itu suatu yang mudah?

Tentu sahaja jawapannya terletak pada kesungguhan kita berusaha untukt menghadapinya. Agar semua hati beroleh bahagia, tiada lagi air mata dan penderitaan. Nah! Sudah bersediakah anda untuk membahagiakan pasangan  anda?


 ^^^^^^^^^^^^^^^^ Miliki buku ini untuk 'menghadam' keseluruhan isinya.^^^^^^^^^^^^^^^^
 
Selamat Membaca :-))
 

Apr 13, 2012

Ada Yang Lebih Penting

Assalamualaikum wbt.


 Semasa di universiti, kami diwajibkan mengambil subjek minor selain subjek major. Masih segar dalam ingatan ketika first year, saya sudah berkira-kira untuk memilih pengajian Islam sebagai subjek minor. Mungkin kerinduan yang mendalam untuk belajar input agama di dalam kelas formal. Bosan juga menghadap test tube selalu ..:-)

Ada juga sahabat terdekat yang juga membuat perhitungan sepertiku. Kami gagahi juga mendaftar subjek pertama untuk minor kami iaitu Asas Akidah Islam. Apabila sudah satu semester menghadiri kuliyah dan membuat tugasan, alhamdulillah rasa bersyukur sangat Allah bagi peluang ambil subjek ini.

Semester berikutnya, kami teruskan dengan subjek lain yang semuanya telah disepakati kami untuk diambil bersama. Bukan apa, ada teman, lebih rasa bersemangat nak berkejar ke kelas dan nak cari rujukan bersama. Ada teman di perjalanan.



Paling diingati, semasa subjek munakahat, penuh dewan kuliyah. Sampaikan ada yang tak dapat tempat duduk(first day). Lecturer sempat lagi bergurau dengan mengatakan, "Amboi,subjek ni memang sentiasa dapat sambutan hangat. Almaklumlah, semua tengah buat persiapan nak nikah".

Bergema satu dewan dengan derai ketawa para students termasuklah kami.(^__^)


Walaupun ada 3 orang lecturers yang mengajar subjek ini secara bergilir, semuanya best2. Tak hairanlah kelas sentiasa penuh kerana terasa sayang nak escape walaupun sekali..hehe...
Ada satu part yang tiada dalam silibus, tapi saya masih ingat yang salah seorang Dr telah memberi tugasan kepada kami.

Tugasan apa ya?

Tugasan untuk menghafaz cara solat jenazah untuk lelaki dan perempuan. Pada mulanya ada antara kami yang tertanya-tanya apakah rasionalnya Dr beri tugasan 'sampingan' seperti ini. Dr dengan wajah yang begitu menenangkan, dengan suara yang begitu bersemangat menyatakan bahawa tugasan ini sangat penting untuk kami.

Antara kata-kata Dr., seorang anak/menantu yang baik, dia berupaya memberi sumbangan terakhir kepada ibu/bapa/mertua sebelum jenazah mereka disemadikan di dalam liang lahad. Jika lebih baik boleh mengimami solat jenazah tersebut. MasyaAllah!

Alangkah bertuahnya mendapat/menjadi seorang anak/menantu seperti ini. Bukan mudah untuk mencari/menjadi sepertinya pada zaman ini. Zaman di mana manusia meletakkan kelebihan material/rupa sebagai kayu ukur menjadi menantu pilihan.


Seperti mana di antara kata-kata saidina Ali r.a.

"Jika seseorang mempunyai harta, dia akan menjaga hartanya. Tetapi sebaliknya jika seseorang mempunyai ilmu, ilmu itulah yang menjaganya".

Dr. juga berpesan kepada kami, setelah membina baitul muslim, ajarkan pula kepada anak-anak. Tampal pada dinding/board di rumah kaifiat solat jenazah. Sentiasa pula mengingatkan anak-anak supaya memberi bakti terakhir sebelum kita dikebumikan kelak. Lebih indah lagi jika diajar cara menguruskan jenazah bermula dari memandikan, mengkafankan, menyolatkan dan mengebumikan.

Membina keluarga muslim yang berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah tetapi pada hakikatnya tidak mustahil. Semuanya bermula daripada kita. Kita yang akan menjadi ibu bapa.

Terima kasih Dr. yang telah mengingatkan kami. Yang telah membuka minda kami untuk menyedari hakikat sebenar kami mengambil subjek munakahat. 

Banyak sekali yang masih perlu diperbaiki.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Ayuh perbaiki diri dan luruskan niat.

Apr 5, 2012

Baca Dengan Hati

Assalamualaikum wbt.



Saya rasakan yang saya semakin kurang membaca akhir-akhir ini. Kalau dulu masa zaman belajar, mungkin ditambah dengan pengaruh 'rakan sebaya' yang suka membaca, jadilah diri ini pun suka membaca.

Bahan bacaan terutama buku, memang jadi teman baik walaupun hakikatnya, lebih suka baca buku / majalah yang tiada kaitan dengan pelajaran. Atleast, input tu tetap ada.

Tapi sekarang, jumlah bacaan kalau dibuat statistik, macam semakin berkurang. Risau juga bila difikirkan. Memang betul lah orang kata, pilih kawan tu penting. Hatta junjungan besar kita Rasulullah saw juga bersabda jika mahu menilai seseorang, lihatlah dengan siapa dia berkawan.

Jika kita lihat sahabat kita semua membaca, kita juga akan terpengaruh untuk membaca, berkongsi bahan bacaan dan mengisi waktu senggang dengan membaca. Kedai buku juga menjadi tempat wajib dikunjung dengan sahabat-sahabat.

Kini, saya tetap cuba membaca dengan hati, menjiwai setiap patah perkataan yang ditulis oleh penulis yang meluahkan nukilan dan idea mereka. Membaca juga seperti kita mengaji. Mesti ada roh. Roh untuk memahami, roh untuk menilai, roh untuk mengambil iktibar. Bukan bacaan kosong.

Hakikatnya, membaca ni suatu yang sangat-sangat menyeronokkan!!!
Percayalah!

Rasa tenang bila membaca, rasa ada something new.
Rasa makin banyak benda tak tahu & kemudian boleh induce kita nak membaca lagi.

Jom kita 'selak2' buku/majalah/kitab yang ada di sekeliling kita, mungkin ada yang kita masih tak tahu, tapi kita jadi TAHU selepas membaca. Mungkin ada majalah @ buku yang kita beli, tapi kita belum habiskan bacaan.RUGI TU...

Ya, ini Kempen Membaca Daripada Saya....^___^

Kempen Membaca Dengan Hati

Apr 4, 2012

Jangan Marah

Assalamualaikum wbt.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda :Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhari )

Apr 2, 2012

Perancangan Allah

Assalamualaikum wbt.





Alhamdulillah, hati melonjak gembira menerima perkhabaran Cik Amy dari tanah suci minggu lepas. Terkejut juga masa terima sms.

2 hari lagi insyaAllah cik Amy akan pulang ke tanah air.

***************************************************

Cerita seorang Hamba Allah :

Beberapa tahun yang lalu, beliau telah ke Tanah suci mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan bersama ayah dan ibunya.

Beliau berasa sangat seronok sepanjang berada di sana bagaikan tidak mahu lagi pulang ke tanah air, begitu juga dengan ayah dan ibunya.

Suatu hari di antara hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air, semasa sedang mengaji di dalam Masjidil Haram, ayahnya telah menepuk bahunya seraya berkata, "Tak payah balik la, kita duduk sini ja..."

Hamba Allah tersenyum dan menjawab, "Ayah, kita balik dulu. Ada rezeki Insya Allah kita datang lagi".


Dengan izin Allah, setelah pulang, setiap pokok duriannya di kebun semuanya berbuah dan mendatangkan hasil yang lumayan. Ayahnya telah bercadang untuk menggunakan hasil daripada jualan buah tersebut untuk ke tanah suci sekali lagi mengerjakan umrah dan sebulan berpuasa di sana.

Kali ini, hamba Allah tidak ikut serta. Hanya ayah dan ibu yang tercinta ke sana.

Dengan perancangan Allah yang Maha hebat itu, ayahnya telah pulang ke rahmatullah di Makkah pada tahun tersebut......

Allah hu akbar!
Allah hu akbar!
Allah hu akbar!

Tatkala saya mendengar cerita ini, meremang juga seluruh tubuh.
Allah Maha Berkuasa Merancang Sesuatu.

Lihatlah, bagaimana Allah menghantar ayah kepada hamba Allah tersebut pulang kepada Nya dengan perancangan yang sangat teliti....Masya Allah wa tabarakallah!

Moga kita juga ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang sentiasa diberi perlindungan oleh Allah serta mati dalam husnul khatimah....Amin.