Pages

Dec 4, 2012

Tentang Hudud

Assalamualaikum wbt.

Hudud.

Sesuatu hukum Allah yang banyak disalah anggap, diringan-ringankan oleh sesetengah pihak dewasa ini.

Mari kita sama-sama membaca dan memahamai sebaiknya intipati yang terdapat dalam hadith yang ingin saya kongsikan kali ini.

Daripada Aisyah r.a, 

"Bahawa kaum Quraisy pernah dirisaukan tentang hal seorang wanita daripada kalangan Bani Makhzum yang terbukti mencuri. Mereka lalu mengadakan musyawarah. Seseorang daripada mereka berkata, " Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah tentang hal ini?" Ada yang menjawab, "Tidak ada yang boleh berbicara dengan beliau dalam hal ini, melainkan Usamah bin Zaid, seorang yang disayangi Rasulullah saw. Seterusnya Usamah pun melaksanakan tugas tersebut, namun Rasulullah saw menjawab, "Apakah engkau mahu meminta bantuan tentang hukum had yang telah ditetapkan Allah agar diringankan?". Seterusnya, baginda berdiri dan bersabda, "Sesungguhnya punca hancurnya umat sebelum kamu adalah jika ada orang terhormat daripada kalangan mereka mencuri, mereka tidak menghukumnya ; namun ketika yang mencuri adalah orang yang lemah,mereka menegakkan hukuman atasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad saw mencuri, tentu akan ku potong tangannya".

~Riwayat al-Bukhari no 3475 dan Muslim no 8~


 Hukum Allah pasti akan mewujudkan keamanan...dan menyelesaikan masalah jenayah yang sangat berleluasa...

Usah ragu

Usah bimbang
 
Takutkah kita akan hukum Allah?


2 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

“Maka jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul~Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat” (Surah an-Nisa : 59)

win3 said...

setuju dengan ustadz Abd Razak