Pages

Feb 6, 2011

Berat atau Ringan

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari saya pergi untuk medical check-up. Selepas x-ray, saya masuk berjumpa doktor dan membuat beberapa pemeriksaan berkaitan.

Semasa doktor tersebut melengkapkan borang berkenaan, beliau bertanya kepada saya.

Doctor : Kamu dah buat urine-test?

Me : Belum doktor.

Doctor : ........(memanggil nurse yang bertugas dari dalam biliknya). Dah buat ke urine test ni?

Nurse : Sudah (dengan lantangnya dari luar).

Me : ??????????? .

Rasa pelik tetapi benar.

Dusta?

Ya, memang nurse itu berdusta. Saya belum lagi membuat urine-test pada masa itu.

Mengapa tidak meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya?.


                        Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. (Hud 11:85)


Penyakit yang ada dalam diri manusia sejak zaman dahulu lagi. Sebagai manusia, kita setiap hari berurusan dengan orang lain dan saling melengkapi. Kita tidak bersifat sempurna seperti Allah yang tidak memerlukan sebarang pertolongan.

Setiap manusia ada haknya masing-masing tidak kira apa pun pekerjaan mereka. Oleh sebab itu, rasakanlah tanggungjawab dalam diri untuk memenuhi hak dengan sebaik mungkin.


Ingatlah pada timbangan yang seadilnya yang akan menyukat berat atau ringan amalan kebaikan kita di dunia.


Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (al-A'raaf 7 : 8) 





Ayuh kita tambah timbangan kebaikan !

3 comments:

n.a.d.i.a.h said...

then pe jadi seterusnya kt klinik tu??nurse n patient giv dffrent answers.....

..hatiepalhijau.. said...

pelik.
pe msalah nurse tu?

~An-Nur~ said...

to nadiah : erm pastu terjadilah episod tragis kat nurse tu..hehe


to mas : nurse tu sibuk layan Fb....hurmmmm