Pernahkan anda berasa syak kepada seseorang?
"Apalah yang dia buat tu? Mesti dia.........."(pelbagai andaian negatif yang keluar).
Apabila nafsu dan syaitan mula merajai hati, menggerakkan hati supaya lebih bersangka buruk kepada seseorang, pertimbangan mula menjadi kurang waras maka terjadilah pelbagai penyakit hati. Penyakit yang tiada penawar kecuali kembali kepada agama.
Tanyalah doktor-doktor pakar, "Doktor, ada tak ubat yang boleh hilangkan penyakit suka bersangka buruk?"
Pasti doktor menjawab, "Awak ni salah tempat."
Pergilah ke tempat yang betul. Gunakan ubat yang paling mustajab. Sebelum penyakit ini merebak dan menjadi lebih PARAH. Bersihkan segala kekotoran di hati yang telah lama termendap di sudut hati.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat 49:12)
Tiadalah persangkaan yang buruk itu mendatangkan kebaikan melainkan lebih banyak pendustaan yang akan berlaku. Semakin ramai yang teraniaya akibat persangkaan yang bukan-bukan.
Banyak pihak yang terluka dan tidak kurang pula yang memutuskan tali persaudaraan. Betapa penyakit hati menjadi silent killer yang amat berbahaya. Apabila hati mati, itulah kematian sebelum kematian yang sebenar.
Ayuh sahabat, kita bangkit bermujahadah menentang 'pembunuh' ini.Tanamkan niat di dalam hati untuk membaiki diri dan realisasikannnya dengan perbuatan seharian. Mula bangkit daripada 'tidur' yang panjang.
1 comments:
(^_^)
-idayu-
Post a Comment