Pages

Apr 13, 2011

Adab Berjual Beli

Assalamualaikum wbt.




 Salman al-Farisi r.a berkata, " Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar daripadanya, kerana pasar adalah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka. ~Riwayat at-Tirmizi no. 3429



Kita harus berjaga-jaga dengan tempat seperti pasar kerana bimbang akan dipengaruhi syaitan. Kawasan seperti ini kebiasaannya dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokan dunia, melihat pelbagai maksiat melibatkan aurat, pembaziran masa dan wang.


Adab Berjual Beli

  • Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan.
  • Tidak digalakkan membeli belah semasa terlalu lapar sehingga mengakibatkan membeli berbagai bahan makanan dengan sangkaan akan memakannya semasa pulang. Sebaliknya pembaziran akan berlaku kerana membeli terlalu banyak makanan.
  • Dapatkan pandangan daripada mereka yang berkeahlian sebelum membeli sesuatu produk.
  • Pastikan barang yang dibeli HALAL pada perspektif Islam.
  • Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar dengan harga yang terlalu murah sehingga MENZALIMI PENJUAL.
  • Jujur dan amanah.
  • Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan tiada pilihan.
 
Sumber : 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, Oleh : Ust. Zahazan Mohamed.

Membazir amalan syaitan

0 comments: