Pages

Apr 22, 2011

Ops Valentine!

Assalamualaikum wbt.

Location : Opposite Queensbay Mall , Penang
Date :  14 February 2009
 Time : 12.00 midnight -4.00a.m

Menjadi tempat maksiat pada waktu malam



Usai Solat Isya' secara berjemaah, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan bergerak ke tempat yang telah ditetapkan. Selesai mendengar penerangan daripada ketua tentang pergerakan kami, maka jam 12 tengah malam kami mula bergerak dalam kumpulan dengan berjalan kaki.

Suasana hening malam tidak melunturkan semangat kami malah menerbitkan rasa tanggungjawab untuk menjalankan misi itu dan demi juga melatih diri menjalankan dakwah lapangan.

Sekitar hampir jam 1 pagi kami tiba di kawasan pantai berhadapan dengan Queensbay Mall. Dari jauh saya dapat melihat kelibat ramai sekali muda-mudi yang berada dalam gelap di kawasan itu. Astarghfirullah!!!! jantung mula berdegup kencang.

Saya dan ahli kumpulan mula mendekati mereka. Ada yang sudah perasan dengan kedatangan kami dan pergi menjauhkan diri. Dalam hati, sentiasa berdoa tidak putus-putus supaya matlamat untuk menegah mereka daripada melakukan kemungkaran berhasil.

"Assalamualaikum" sapa salah seorang rakan kepada sepasang couple yang sedang asyik berborak dalam gelap di situ.
Alhamdulillah sapaan kami disambut mesra. Saya dan rakan akhowat 'berbual' dengan si gadis manakala ikhwah pula mendekati si jejaka.

Begitulah seterusnya kami bergerak dari satu pasangan ke pasangan yang lain sehingga waktu operasi kami tamat.

Matlamatnya ingin mereka pulang dan tidak berterusan di situ dengan harapan itulah yang terakhir.


###############################

Dapatan :
* Majoriti mereka berumur antara belasan hingga 30-an.
* Remaja keluar bebas tanpa kawalan ibu bapa. Tiada pengawasan daripada ibu bapa.
* Mereka tahu kesalahan namun masih melakukannya.
* Mereka gunakan tiket "sudah tunang" untuk keluar berdua-duaan begitu.
* Terpengaruh dengan budaya kafir laknatullah menyambut Valentine.


p/s : Syida, masihkah anda ingat waktu itu?.. Daku rindui saat itu...Berjalan malam sambil mendidik diri..

Janganlah kamu berdua-duaan kerana yang ketiga ialah SYAITAN

4 comments:

Anonymous said...

mendidik diri, itu yang paling penting kan, hmmm~insaf, insaf~

~An-Nur~ said...

yup...bukan nak cari salah orang sebenarnya kan???
mendidik diri tu yang utama..

Mai said...

salam kak mila
bestnye akak dapat join program macam ni
teringin nak involve sama
jazakillah kak mila..
(^_^)

~An-Nur~ said...

to mai : wslam..boleh mai nk join..i.allah..
jazakillah mai..=p