Apr 14, 2011
Strong Enough?
Assalamualaikum wbt.
Suatu ketika, saya pernah memilih untuk melalui SATU jalan.
Setelah beberapa kali mengalamai jatuh dan bangun.
Kemudian,
Hanya berpaksikan keyakinan kepada ALLAH, maka jalan ini dipilih.
Demi juga mengubah diri menjadi lebih baik dan ingin memadamkan 'fail-fail jahiliyyah' supaya tercipta new folder yang lebih berkualiti dari segi iman,ilmu dan akhlak.
Saya semakin menyedari hakikat bahawa pilihan Allah yang terbaik dan DIA lah yang Maha merancang dan mengetahui segala yang terjadi akan datang.
Di sepanjang perjalanan, pastinya ada dugaan dan cabaran yang tidak pernah surut. Sejauh manakah saya kuat untuk menghadapi semuanya berpandukan wahyu?
Moga jalan ini yang terbaik dan memberi ketenangan. Jalan yang akan mencipta sejarah yang lebih baik untuk dijadikan pedoman kepada generasi akan datang.
Allah makes me STRONG ENOUGH
2 comments:
Insyaallah, online dengan Tuhan~terima kasih atas pesanan pesanan bermakna buat saya Milah, rindunya nak jumpa, tak sabar nak ke Kuantan untuk program di rumah awak tu, tahun depan ya, saya tunggu, hehehe~
doakan yg terbaik... i.allah bila tiba masa yg tepat...
Post a Comment