Tiap pagi turun dari rumah tapi tak ingat nak memandang aktiviti insan-insan lain. Pagi tadi saya berniat mahu catatkan dalam minda sebanyak mana pekerjaan yang lain daripada diri sendiri yang menuju ke sekolah.
Apr 4, 2011
Journey
Assalamualaikum wbt.

Hasil pengamatan.......
~Imam yang baru pulang dari masjid
~ Tukang sapu yang mahu ke sekolah berdekatan
~Mak Cik yang berniaga makanan- nasi lemak (sedap+pedas), kuih-muih
~Pak Cik Van Sekolah
~Uncle jual surat khabar
~Penjual sayur dan ikan
~Mak ayah yang setia menemani anak menunggu bas di tepi jalan
~Pemandu Teksi + Lori
~Murid-murid yang hendak ke sekolah
~Pelajar universiti dengan gaya tersendiri
~Peniaga kedai runcit sedang membuka pintu kedai
~Peniaga kedai makan
~Pemandu Feri Sekolah sedang 'rushing' di taman perumahan
~Penjaga pam minyak
~Petani yang nak ke kebun (pegang cangkul)
~ Nurse yang manis beruniform putih
~Guard (kat gate sekolah saya)
~Makcik kantin yang sentiasa tersenyum
*
*
*
*
Walau apa pun pekerjaan, jika dilakukan dengan niat kerana Allah maka ganjaran yang diperoleh akan menjadi bekal. Bekal yang mesti dibawa ke penghidupan yang abadi kelak
Bayangkan kereta yang kehabisan minyak tidak akan dapat bergerak. Begitu juga kita. Jika mahu hidup selesa di sana, kurangkan berehat sekarang. Moga-moga mendapat rehat yang panjang.
Allah s.w.t yang Maha Berkuasa meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki.
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari
akhirat.(Ar-Ra'd 13:26)
Pandanglah orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu memandang orang yang berada di atas kerana kamu akan menjadi lebih bersyukur dengan nikmat Tuhanmu.
Yang berkereta pandanglah mereka yang menaiki motosikal...alhamdulillah
Yang sihat pandanglah mereka yang sakit....alhamdulillah
Yang selesa di pejabat dalam air-cond pandanglah mereka yang berada di bawah panas terik mentari... alhamdulillah
Berjalan, Melihat, Mentafsir
0 comments:
Post a Comment