Pages

Apr 9, 2011

Wajib Sebelum Wajib

Assalamualaikum wbt.


WAJIB kamu MENUNTUT ILMU sebelum melakukan sesuatu kerana kamu tidak akan mampu melakukan sesuatu dengan baik tanpa pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Pada zahirnya kita mampu melakukan sesuatu hingga penghujungya namun adakah perkara tersebut sempurna?

Contohnya setiap hari kita sembahyang tetapi adakah ia sempurna seperti yang dikehendaki oleh Allah?
Ya, solat Zohor empat rakaat...CUKUP!
Walhal masih banyak lubang di sana sini. Fikiran melayang ketika solat. Teringatkan assignment yang belum siap, rancangan tv live sedang ditayangkan...ish..ruginya... Ayat-ayat bacaan tidak difahami maksudnya.

Begitu juga dengan seseorang yang baru memeluk Islam. Kita tidak menyuruhnya terus mengerjakan sembahyang tanpa ada ilmu tentang itu.

Kanak-kanak juga tidak pandai solat dengan betul jika tidak belajar, belajar dan belajar. Berapa kali kita dahulu semasa kecil dibetulkan cara solat oleh ibu bapa kita? Itulah jalan menuntut ILMU.



ILMU terlalu luas untuk diperkatakan.
Ilmu Tauhid adalah yang penting kerana tanpa TAUHID semua amalan akan tertolak.
Semuanya jadi debu yang berterbangan.


Jadilah hamba yang sentiasa dahagakan ILMU.
ILMU yang BERMANFAAT kepadamu dan orang lain.




Bergerak ke arah Kesempurnaan!
  

0 comments: