Assalamualaikum wbt.
Imam Ghazali menyatakan :
Kami dapati kesulitan dan kesukaran ibadat itu amat sangat. Sebatang jalan yang payah, laluan yang sulit, banyak jalan dakian bukit yang sangat sukar dilalui, jauh jaraknya, besar bahayanya, banyak halangan dan rintangan, dilingkungi oleh tempat-tempat merbahaya dan kawasan yang terputus hubungan serta ramai musuh, sedikit pembantu dan pengikut.
Ini kerana manusia adalah insan yang lemah. Manakala masa yang dilalui oleh manusia dirasakan terlalu sempit terutama jika berhadapan dengan urusan agama.
Urusan kerja yang banyak menjadikan manusia sentiasa cuai dalam melaksanakan ibadat kepada Allah swt. Manusia amat lemah, masa yang dilaluinya sukar, urusan agama diabaikan, masa lapang sedikit, kesibukan dengan kerja yang banyak, umur pendek dan mengerjakan amal dengan cuai.
**********************************************
Wahai diri.........
Terlalu sibuk dengan dunia....
Membaca kata-kata Imam Ghazali membuatkan hati berulang-ulang kali memikirkan dan membanding
keadaan yang dinyatakan dengan diri sendiri....
Saya perlu memperbaik diri.
1 comments:
ayuh perbaiki diri,,
mmg rasa sukar utk buat baik,,senang sahaj untuk buat jahat..
Post a Comment