Jul 31, 2011
Jul 30, 2011
Ramadhan & Berkat Puasa
Assalamualaikum wbt.
Satu kisah yang diceritakan oleh Asy- Syibli.
Suatu hari, beliau sedang berjalan bersama satu kafilah dari Syam. Tiba-tiba datang gerombolan perompak menyerang mereka. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh rombongan Asy -Syibli kecuali menyerah diri kerana kalau melawan akan membawa kepada kebinasaan.
Maka para perompak itu merampas barang dari tangan setiap orang. Setelah semua barang rampasan itu dikumpulkan, mereka membawa kepada ketuanya. Mereka membuka bungkusan demi bungkusan dan sampailah pada sebuah bungkusan berisi makanan. Lalu mereka dengan bangganya sambil bersuka-suka. Tetapi ketua perompak itu tidak mahu makan sedikitpun, dia hanya melihat sahaja pada anak buahnya yang berpesta.
"Mengapa anda tidak makan sama?" tanya Asy-Syibli kepada ketua perompak.
"Saya berpuasa" jawabnya,
"Berpuasa? Betul ke?"
"Sungguh aku berpuasa"
"Bagaimana itu?"
"Mengapa pula?"
"Engkau merompak, merampas harta setiap yang lalu di jalan ini dan juga membunuh manusia sedangkan engkau berpuasa." kata Asy-Syibli.
"Wahai syeikh, aku mesti berbuat baik. Kami tidak ingin terus meompak." jawabnya.
Setelah beberapa tahun, Asy-Syibli pergi ke Makkatul Mukarramah untuk mengerjakan ibadah di kota suci itu. Ketika beliau bertawaf di sekeliling Ka'bah, tiba-tiba dia melihat lelaki berbadan kurus berakaian ihram. Tiba-tiba dia teringat bahawa itu ialah ketua perompak yang pernah menyerangnya dahulu.
"Kalau tidak silap anda adalah ketua gerombolan perompak yang pernah merompak kafilah saya di suatu ketika dahulu bukan?" tanya Asy-Syibli.
"Betul tuan" jawabnya.
"Mengapa sekarang anda tiba-tiba jadi baik begini?"
"Kan sudah saya katakan dahulu kita mesti ada peluang untuk berbaik-baik. Maka puasa itulah yang telah menarikku ke jalan damai dan baik begini".
Ketua perompak itu telah bertaubat bersungguh-sungguh dan menjadi seorang muslim yang dikasihi Allah.
Puasa dapat mengubah hati yang keras menjadi lembut.

Selamat memasuki fasa tarbiyah Ramadhan!
Jul 25, 2011
Seperti Abu Lahab
Assalamualaikum wbt.
Sedih melihat banyak masjid yang sepi daripada jemaah, seperti rumah yang tiada penghuni pada masa ini.
Masjid tersergam indah namun tidak lebih sekadar tempat solat. Pembacaan kitab yang banyak telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak telah menghalang kuliyah-kuliyah diadakan.
Kita umat Islam telah banyak salah tanggapan yang bertentangan dengan perbuatan nabi Muhammad saw pada zaman pemerintahan baginda. Lihatlah betapa masjid dahulu menjadi tempat umat Islam merancang mengenai pentadbiran negara dan tempat yang menyatukan semua umat Islam.
Betapa sempitnya pemikiran orang Islam sekarang, masjid hanya tempat sembahyang. Mereka yang membangkang kuliyah diadakan memberi alasan kerana terdapat unsur memburukkan pihak lain. Saya menarik nafas dalam-dalam mendengar pernyataan itu. Tersirap juga darah apabila majlis ilmu disalah tafsirkan begitu. Biasalah jika contoh dianalogi kepada si fulan tanpa menyebut namanya kerana kadangkala kita mesti berkeras dengan agama. Yang salah tetap salah.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:114)
Nah, lihatlah masjid bila tidak dihidupkan dengan majlis ilmu, begitulah jadinya. SEPI, KOSONG.
Cicak lagi banyak daripada jemaah.
Nak tunggu bila lagi, berjinak-jinaklah dengan masjid dari sekarang kerana kita takut.
Takut apa?
Takut terlewat. Masa nyawa yang dipinjam telah diambil kembali oleh tuannya. Masa kain kafan telah berbalut di badan barulah diusung ke masjid.
Tak bermakna lagi saat itu.
Saya sangat emosi dan marah.
Marah kerana agama saya dipijak-pijak oleh mereka yang cuba memadamkan cahaya-cahaya yang masuk ke dalam masjid.
Perbuatan mereka tidak ubah seperti Abu Lahab yang sentiasa menghalang perjuangan Nabi saw.
Adakah kita mahu menjadi Abu Lahab di zaman moden ini?
Fikir-fikirkan!

Nabawi Mosque
Jul 22, 2011
Put Yourself in Their Shoes
Assalamualaikum wbt.
Mereka bukan siapa-siapa untuk memahami dan menjiwai apa yang berlaku melainkan yang menanggungnya.
Lebih baik diam dan berusaha.
Lebih baik diam dan berusaha.
Itulah jalan yang terbaik.
Kita yang faham, kita yang lebih aula melakukan sesuatu.
Sometimes, we have to make a big decision and it's the only way to protect them.
Hari ini kita di bawah, dan itulah yang terbaik untuk kita.
Banyak bermuhasabah diri.
Moga diri lebih tenang.
Zawjati
Assalamualaikum wbt.
Zawjati
by : Ahmad Bukhatir
“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,
“Wa mahma kaana ,mahaa saara“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.
“Zawjateee…” My Wifeeey…

“halaali anti laa akhshaa adulan…an numaqteee…” You're my rightful wife, I don’t fear sin… I don’t care not about those who like to reproach and irritate me.
laqad azina zamaanulana bi wuslim ghayri mumbatteee” It is our destiny to be Together eternally.
“Saqaytil hubba fi qalbi bi husnil fa a’li was-samti” In my heart you instilled love With grace and good deeds.
“yagheeb-us’-sa’adu innibti” Happiness vanishes when you disappear,
“Wa yasful a’yshu inji ti” Life brightens when you're there.
“nahaari kaadihum hatta izaa ma a’ttulil baytee” Hard is my day Until you return home.
“Laqituki fanjala anni duna ya izaaa tabassamteee” Sadness disappears When you smile. J

“Wa mahma kaana ,mahmaa saara“ No matter what did or will happen
“antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“tagiku bi al hyaatu iza bi aa yauman tabarramti” Life turns black When you're upset,
“fa asssaa jaahidan hatta aw haqqi qaamaa tamannaytee” So I work hard To make your wish come true.
“anaaee anti fal tanay bi jifhil hubbi maa ashtee” You're my happiness. May you be happy forever.
Fa roohanaa qadi talafa ka mislil ardhi wa annabteee Our souls are united Like soil and plants.
“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“Wa mahma kaana ,mahaa…saaraa“ No matter what did or will happen

Jul 18, 2011
Lebih 2,000 Iringi Jenazah Dr Lo' Lo'
Assalamualaikum wbt.
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi. Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi. Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi. Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat. Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar. Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan. Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik. Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit. "Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepentingan penduduk. "Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya. Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain. Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru. |
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/
Jul 17, 2011
Happy (^_^)
Jul 16, 2011
Three Days
Assalamualaikum wbt.
Such a long hiatus...
Tiga hari berkursus orientasi guru baru di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur (13-15 Julai 2011).
Berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru yang ramah-ramah belaka datang dari seluruh Pahang.
Tak pernah kekeringan idea bercerita pengalaman yang pelbagai sebagai guru permulaan di sekolah.
Dek kerana negeri Pahang luas, pelbagai loghat daerah yang diajuk oleh mereka membuatkan hati saya tercuit dan sentiasa tertawa mendengar cerita mereka. Maha Kaya Allah mencipta pelbagai loghat bahasa.
Tiba di penghujung kursus, rasa juga sedih mahu berpisah.
Panjang umur, kita berjumpa lagi insya Allah.
Masing-masing pulang dengan input yang penuh di dada. Kata-kata perangsang daripada guru-guru yang amat berpengalaman melonjak rasa ingin menjadi seperti mereka malah lebih daripada itu.
Such a long hiatus...
Tiga hari berkursus orientasi guru baru di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur (13-15 Julai 2011).
Berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru yang ramah-ramah belaka datang dari seluruh Pahang.
Tak pernah kekeringan idea bercerita pengalaman yang pelbagai sebagai guru permulaan di sekolah.
Kusyuk mendengar...
Dek kerana negeri Pahang luas, pelbagai loghat daerah yang diajuk oleh mereka membuatkan hati saya tercuit dan sentiasa tertawa mendengar cerita mereka. Maha Kaya Allah mencipta pelbagai loghat bahasa.
Tiba di penghujung kursus, rasa juga sedih mahu berpisah.
Panjang umur, kita berjumpa lagi insya Allah.
Melihat mereka dari belakang...
Dari lobi bilik seminar
Guru yang sederhana memberitahu,
Guru yang baik menerangkan,
Guru yang lebih baik menunjukkan,
Guru yang paling hebat memberi inspirasi.
Jul 12, 2011
Miracles Of Allah
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,
Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah jauh lebih baik daripada sangkaan makhluk yang serba lemah.Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, cakna kepada hambaNya, hidup manusia pasti terumbang-ambing tanpa tujuan yang jelas.
Pernah kita berasa terlalu 'down' hinggakan tidak dapat diceritakan kepada makhluk. Kesakitan yang dialami menusuk segenap hati tanpa dapat ditahan. Benar-benar mengharapkan miracle daripada Allah untuk mengubah kehidupan atau memperkenankan apa yang dihajati menjadi kenyataan.
Menahan pandangan serong daripada sesetengah mereka yang tidak memahami menambah lagi keperitan yang ada. Pelbagai cakap belakang yang didengar semakin menguji kesabaran. Namun, apabila kita menyedari bahawa Allah sentiasa bersama, keyakinan diri mula kembali pulih.
Sungguh,
Kasih sayang Allah tiada penghujung. Dia amat mengetahui KEPERLUAN HambaNya dan alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga Allah telah mencukupkan keperluan saya malah jauh lebih baik daripada apa yang dirancangkan.
Selalukah kita mendengar cerita mereka yang telah Allah makbulkan hajat mereka?
Percayalah, walaupun kadangkala miracle yang dihajatkan seakan-akan mustahil untuk dicapai, namun dengan KEYAKINAN DAN PENGHARAPAN YANG TINGGI KEPADA ALLAH, tidak mustahil sama sekali Allah akan memperkenannya.
Allah telah membuka banyak lorong-lorong yang tidak disangka ke dalam hidup saya. Semakin terasa betapa kerdilnya kita sebagai makhluk merencana kehidupan. Hakikatnya, rencana yang Allah aturkan Maha Sempurna daripada pemikiran makhluk.
Praise to be Allah for the tremendous miracle in my life.
Luruskan niat kita mencari keredhaan Allah, insya Allah kita akan lebih tenang dan Allah akan memudahkan jalan menuju syurganya yang abadi dan sebaik-baik tempat kembali.
Dan semoga semuanya menjadi mudah, mudah dan mudah.
Amin Ya Rabb.

Jul 10, 2011
Gopoh-Gapah
Assalamualaikum wbt.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Gopoh-gapah itu datang daripada syaitan kecuali pada lima tempat : Mengahwinkan anak perempuan apabila baligh, membayar hutang apabila sabit, mengebumikan mayat apabila mati, meraikan tetamu apabila berkunjung datang, dan bertaubat daripada dosa setelah melakukan maksiat.

Kurang Sebulan
Assalamualaikum wbt.
Sejak akhir -akhir ni, sudah banyak iklan kurma yang mula disiarkan.
Petanda bulan mulia Ramadhan Kareem yang ditunggu-tunggu semakin hampir menjelma.
Tak sabar rasanya ingin menikmati bulan mulia.
*
*
*
Moga Allah memberi kesempatan umur kepada kita semua untuk menghidupkan bulan Ramadhan kali ini.
InsyaAllah
COUNTING DAYS....
Jul 9, 2011
Belum Cukup
Assalamualaikum wbt.
Belum cukup
Sabar dengan kerenah orang sekeliling
Mudah juga nak melenting
Belum cukup
Peka dengan benda yang berlaku
Pen terjatuh kat lantai pun tak sedar
Belum cukup
Bertanggungjawab dengan tugas
Ada je yang tertinggal tak dibuat
Belum cukup
Berani nak buat kelainan
Fikiran banyak negatif daripada positif
Belum cukup
Sabar dengan kerenah orang sekeliling
Mudah juga nak melenting
Belum cukup
Peka dengan benda yang berlaku
Pen terjatuh kat lantai pun tak sedar
Belum cukup
Bertanggungjawab dengan tugas
Ada je yang tertinggal tak dibuat
Belum cukup
Berani nak buat kelainan
Fikiran banyak negatif daripada positif
Belum cukup
Tahu banyak perkara
1001 benda lagi yang mesti digaliHakikatnya perbaiki dan terus menampal kekurangan yang ada
Yang penting tak perlu tiru orang lain
Jadilah diri sendiri.
Pastinya lebih tenang.
Jul 8, 2011
Delicious
Assalamualaikum wbt.
google image
Teringin nak makan satu makanan ni.
First time makan masa duk kat Sabah.
Housemate yang order masa tu.
BUTTER PRAWN
Masa makan kat satu kedai di Ampang,
try order butter prawn ni.
tapi
adik manis yang ambik order wat muka pelik.
Dia cakap, Apa tu?
erm, tak pe lah dik, akak makan je menu lain yang ada..=p
Dan
Pernah juga try masak dengan housemate tapi butter tu tak jadi serangup kat kedai..
Mengidam la pulak hari ni...hehe
p/s : cik nadiah, alang-alang duk kat Sabah sekarang, tolong la masak untuk saya ye!...
Jul 6, 2011
Berjalan Selama Lima Tahun Menuju Ka'bah
Assalamualaikum wbt.
Cerita ini saya petik daripada sebuah buku yang berada dalam simpanan.
Boleh dijadikan motivasi dan pembakar semangat bagi pembaca sekalian.
Ceritanya begini,
Seorang soleh menceritakan pengalamannya ketika bertawaf di sekeliling Ka'bah. Katanya, dia melihat seorang lelaki dalam usia setengah umur. Dia kelihatan sangat letih kerana terlalu banyak beribadat, badannya kurus, matanya cekung tetapi bibirnya terus bergerak-gerak.
Di tangannya ada sebatang tongkat yang digunakannya sebagai pembantu untuk menguatkan pergerakannya ketika bertawaf.
"Anda berasal dari mana?" tanya orang soleh yang empunya cerita.
"Dari Khurasan" jawabnya.
"Anda sendiri datang dari mana?" tanya lelaki itu kembali.
"Dari negeri anu".
"Berapa lama anda menempuh perjalanan negerimu sehingga sampai ke Ka'bah ini? " tanya lelaki itu.
"Dalam masa dua atau tiga bulan", jawab orang soleh.
"MasyaAllah. kalau begitu, apakah anda tidak mengerjakan haji setiap tahun?"
"Anda sendiri, berapa lama menempuh perjalanan dari rumah sehingga sampai ke sini?, tanya orang soleh.
"Lima tahun", jawab lelaki itu.
Mendengar jawapan "lima tahun", orang soleh itu sangat kagum akan kesungguhan dan kesabaran si lelaki itu
.
Patutlah badannya kelihatan sangat letih dan kurus. Kemudian dia berkata, "Demi Allah sesungguhnya ini adalah rahmat dan keutamaan dari Allah yang telah menguatkan anda berjalan. Dia juga membuktikan betapa besar cinta murni kepada-Nya sehingga sanggup menempuh cabaran ini."
Lelaki itu tersenyum, kemudian terus bersyair,
Datangilah kekasih yang kau rindui walaupun jauh, letih dan segala rintangan yang menghalang jangan jadikan penghalang menziarahinya sesungguhnya pecinta itu akan menziarahi yang dicinta.

The Last 10 Nights ~ Ramadhan 1429H
Jul 3, 2011
In Progress...
Assalamualaikum wbt.
Lihat tickers hari ini.
Menghitung diri sebenarnya.
Belajar, belajar dan terus belajar.
Kasihan memikirkan anak murid.
Maafkan cikgu andai belum memenuhi kehendakmu terutama dalam menyampaikan ilmu.
Cikgu juga sedang belajar.
Belajar melalui pengalaman.
Tidak dinafikan tekanan yang cikgu hadapi bila melihat kamu susah menerima apa yang cikgu sampaikan.
Langsung tak terdetik dalam hati cikgu menyalahkan kamu.
Cikgu yang kadangkala kebuntuan idea untuk memudahkan kamu semua.
Walau dari mana asal kamu
Yakinlah kamu boleh mengubah nasib diri dan keluarga.
Tiada yang mustahil dengan kehendak Allah.
Kuliyah Ustaz Azhar Idrus
Assalamualaikum wbt.
KULIYAH OLEH : AL-FADHIL USTAZ AZHAR BIN IDRUS
TEMPAT : MASJID BATU 11 JALAN GAMBANG -KUANTAN
TARIKH : 19 JULAI 2011(SELASA)
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
google image
Jul 1, 2011
Sharing
Assalamualaikum wbt.
"Banyaknya warna kamu....",saya menegurnya.
Dia tersenyum meleret kemudian memanggil rakan-rakannya datang berkongsi pensel warna.
Dan begitulah setiap hari jika pensel warna diperlukan.
Membandingkan diri di zaman sekolah dahulu tidak penah mengalami situasi serba kekurangan.
Kini saya banyak belajar melalui pemerhatian tentang suasana kehidupan anak murid.
Mula 'mengqada'kan' rasa bersyukur yang saya terlepas pandang sewaktu kecil dahulu.
Sebak hati melihat mereka.
Jika hari ini kita rasa susah, pastinya ada lagi orang yang jauhhhhhh lagi susah daripada kita.
Kadang kala kesusahan ialah guru yang terbaik untuk kita lebih bersyukur.
Sedangkan murid-muridku boleh bersyukur, susah pun masih boleh kongsi pensel warna dengan satu kelas, apatah pula orang dewasa sepertiku.

Tuan pensel warna.....
Another group....
Ya Allah, kurniakanlah petunjuk-Mu kepada murid-muridku