Cerita ini saya petik daripada sebuah buku yang berada dalam simpanan.
Boleh dijadikan motivasi dan pembakar semangat bagi pembaca sekalian.
Ceritanya begini,
Seorang soleh menceritakan pengalamannya ketika bertawaf di sekeliling Ka'bah. Katanya, dia melihat seorang lelaki dalam usia setengah umur. Dia kelihatan sangat letih kerana terlalu banyak beribadat, badannya kurus, matanya cekung tetapi bibirnya terus bergerak-gerak.
Di tangannya ada sebatang tongkat yang digunakannya sebagai pembantu untuk menguatkan pergerakannya ketika bertawaf.
"Anda berasal dari mana?" tanya orang soleh yang empunya cerita.
"Dari Khurasan" jawabnya.
"Anda sendiri datang dari mana?" tanya lelaki itu kembali.
"Dari negeri anu".
"Berapa lama anda menempuh perjalanan negerimu sehingga sampai ke Ka'bah ini? " tanya lelaki itu.
"Dalam masa dua atau tiga bulan", jawab orang soleh.
"MasyaAllah. kalau begitu, apakah anda tidak mengerjakan haji setiap tahun?"
"Anda sendiri, berapa lama menempuh perjalanan dari rumah sehingga sampai ke sini?, tanya orang soleh.
"Lima tahun", jawab lelaki itu.
Mendengar jawapan "lima tahun", orang soleh itu sangat kagum akan kesungguhan dan kesabaran si lelaki itu
.
Patutlah badannya kelihatan sangat letih dan kurus. Kemudian dia berkata, "Demi Allah sesungguhnya ini adalah rahmat dan keutamaan dari Allah yang telah menguatkan anda berjalan. Dia juga membuktikan betapa besar cinta murni kepada-Nya sehingga sanggup menempuh cabaran ini."
Lelaki itu tersenyum, kemudian terus bersyair,
Datangilah kekasih yang kau rindui walaupun jauh, letih dan segala rintangan yang menghalang jangan jadikan penghalang menziarahinya sesungguhnya pecinta itu akan menziarahi yang dicinta.
3 comments:
pe tjuk buku ni mila?
Buku tajuk Kisah Wali-Wali Allah
Siri 3
Sebenarnya ada 4 siri...tp sy ada yang no 3 je..
ok
nanti nk cari
Post a Comment