Pages

Jul 25, 2011

Seperti Abu Lahab

Assalamualaikum wbt.


Sedih melihat banyak masjid yang sepi daripada jemaah, seperti rumah yang tiada penghuni pada masa ini.
Masjid tersergam indah namun tidak lebih sekadar tempat solat. Pembacaan kitab yang banyak telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak telah menghalang kuliyah-kuliyah diadakan.

Kita umat Islam telah banyak salah tanggapan yang bertentangan dengan perbuatan nabi Muhammad saw pada zaman pemerintahan baginda. Lihatlah betapa masjid dahulu menjadi tempat umat Islam merancang mengenai pentadbiran negara dan tempat yang menyatukan semua umat Islam.

Betapa sempitnya pemikiran orang Islam sekarang, masjid hanya tempat sembahyang. Mereka yang membangkang kuliyah diadakan memberi alasan kerana terdapat unsur memburukkan pihak lain. Saya menarik nafas dalam-dalam mendengar pernyataan itu. Tersirap juga darah apabila majlis ilmu disalah tafsirkan begitu. Biasalah jika contoh dianalogi kepada si fulan tanpa menyebut namanya kerana kadangkala kita mesti berkeras dengan agama. Yang salah tetap salah.

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:114) 

Nah, lihatlah masjid bila tidak dihidupkan dengan majlis ilmu, begitulah jadinya. SEPI, KOSONG.
Cicak lagi banyak daripada jemaah.

Nak tunggu bila lagi, berjinak-jinaklah dengan masjid dari sekarang kerana kita takut.

Takut apa?

Takut terlewat. Masa nyawa yang dipinjam telah diambil kembali oleh tuannya. Masa kain kafan telah berbalut di badan barulah diusung ke masjid.

Tak bermakna lagi saat itu.

Saya sangat emosi dan marah.

Marah kerana agama saya dipijak-pijak oleh mereka yang cuba memadamkan cahaya-cahaya yang masuk ke dalam masjid.

Perbuatan mereka tidak ubah seperti Abu Lahab yang sentiasa menghalang perjuangan Nabi saw.

Adakah kita mahu menjadi Abu Lahab di zaman moden ini?

Fikir-fikirkan!


Nabawi Mosque

0 comments: