Jul 12, 2011
Miracles Of Allah
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,
Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah jauh lebih baik daripada sangkaan makhluk yang serba lemah.Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, cakna kepada hambaNya, hidup manusia pasti terumbang-ambing tanpa tujuan yang jelas.
Pernah kita berasa terlalu 'down' hinggakan tidak dapat diceritakan kepada makhluk. Kesakitan yang dialami menusuk segenap hati tanpa dapat ditahan. Benar-benar mengharapkan miracle daripada Allah untuk mengubah kehidupan atau memperkenankan apa yang dihajati menjadi kenyataan.
Menahan pandangan serong daripada sesetengah mereka yang tidak memahami menambah lagi keperitan yang ada. Pelbagai cakap belakang yang didengar semakin menguji kesabaran. Namun, apabila kita menyedari bahawa Allah sentiasa bersama, keyakinan diri mula kembali pulih.
Sungguh,
Kasih sayang Allah tiada penghujung. Dia amat mengetahui KEPERLUAN HambaNya dan alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga Allah telah mencukupkan keperluan saya malah jauh lebih baik daripada apa yang dirancangkan.
Selalukah kita mendengar cerita mereka yang telah Allah makbulkan hajat mereka?
Percayalah, walaupun kadangkala miracle yang dihajatkan seakan-akan mustahil untuk dicapai, namun dengan KEYAKINAN DAN PENGHARAPAN YANG TINGGI KEPADA ALLAH, tidak mustahil sama sekali Allah akan memperkenannya.
Allah telah membuka banyak lorong-lorong yang tidak disangka ke dalam hidup saya. Semakin terasa betapa kerdilnya kita sebagai makhluk merencana kehidupan. Hakikatnya, rencana yang Allah aturkan Maha Sempurna daripada pemikiran makhluk.
Praise to be Allah for the tremendous miracle in my life.
Luruskan niat kita mencari keredhaan Allah, insya Allah kita akan lebih tenang dan Allah akan memudahkan jalan menuju syurganya yang abadi dan sebaik-baik tempat kembali.
Dan semoga semuanya menjadi mudah, mudah dan mudah.
Amin Ya Rabb.

0 comments:
Post a Comment